web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hentikan Perbalahan, Tuduh-Menuduh, Umat Islam Wajib Pelihara Kesatuan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 7:05PM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi teks khutbah Jumaat hari ini menegaskan, umat Islam wajib memelihara kesatuan yang menjadi roh dan tiang rukun dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umat Islam digesa menghentikan perbalahan dan  tuduh-menuduh kerana perbuatan itu hanya merugikan antara satu sama lain.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi teks khutbah Jumaat hari ini menegaskan, umat Islam wajib memelihara kesatuan yang menjadi roh dan tiang rukun dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Katanya, menerusi kesatuan maka muncullah semangat kebersamaan, perasaan saling menghormati, mengasihi dan membantu antara satu sama lain.

“Oleh sebab itu, Allah SWT memberi peringatan-Nya melalui Surah ali Imran ayat 103 yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai;

“Dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara,” katanya.

Menurut teks khutbah tersebut, kehidupan hari ini amat berbeza dengan adanya media sosial yang sangat terbuka tanpa mengira lapisan masyarakat.

Tegasnya, ruang yang ada di laman maya sepatutnya dimanfaatkan untuk mendapatkan maklumat serta tujuan kebaikan yang lain.

ruang yang ada di laman maya sepatutnya dimanfaatkan untuk mendapatkan maklumat serta tujuan kebaikan yang lain - Gambar hiasan
ruang yang ada di laman maya sepatutnya dimanfaatkan untuk mendapatkan maklumat serta tujuan kebaikan yang lain - Gambar hiasan

Tambah teks khutbah itu lagi, keterbukaan yang ada bukanlah ‘lampu hijau’ untuk umat Islam menulis dan mengulas sebarang isu, apatah lagi menjadi batu api yang sengaja mahu melaga-lagakan antara satu sama lain.

“Ingatlah bahawa kita bertanggungjawab di akhirat kelak terhadap apa-apa yang kita ucap, yang kita buat, dan yang kita tulis. Maka, janganlah terlampau menuruti hawa nafsu dan amukan emosi dalam setiap urusan dan tindakan. 

“Berfikirlah secara waras dan bertindaklah secara matang dan benar. Semoga dengan usaha dan tindakan kita yang sentiasa berusaha untuk menyatupadukan seluruh masyarakat berhasil dan berkekalan serta mendapat ganjaran dan keberkatan di sisi Allah SWT,” katanya.

Teks khutbah itu menegaskan perasaan saling hormat-menghormati, mengasihi dan membantu antara satu sama lain akan dimiliki setiap umat Islam sekiranya semangat kebersamaan diperkukuhkan.

“Umat Islam diumpamakan seperti tubuh badan. Apabila salah satu bahagian badan sakit, maka bahagian tubuh badan lain juga terasa sakit. Maka perlu ada usaha untuk memulihkan bahagian badan yang sakit.

“Nilai kesopanan dan kesusilaan menjadi faktor utama dalam memelihara kesejahteraan, keharmonian dan kesatuan umat. Usah hanyut dengan amukan emosi dan hawa nafsu membinasakan. Berlaku benarlah dan matang dalam apa jua tindakan yang hendak dibuat,” katanya.

Dalam pada itu, teks khutbah Jumaat dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyeru umat Islam agar memainkan peranan penting dalam mengeluarkan zakat bagi merancakkan kembali ekonomi komuniti itu di negara ini.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyeru umat Islam agar memainkan peranan penting dalam mengeluarkan zakat bagi merancakkan kembali ekonomi komuniti itu di negara ini - Gambar Hiasan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyeru umat Islam agar memainkan peranan penting dalam mengeluarkan zakat bagi merancakkan kembali ekonomi komuniti itu di negara ini - Gambar Hiasan

Katanya, permintaan terhadap barang keperluan dan perkhidmatan dapat ditingkatkan dengan mewujudkan kuasa membeli kepada golongan asnaf melalui agihan zakat yang dilaksanakan.

Menurut teks khutbah itu, peningkatan kuasa membeli dimiliki asnaf dapat merangsang pertumbuhan ekonomi apabila berkembangnya rantaian permintaan dalam kepelbagaian sektor ekonomi.

“Asnaf bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti hidup, bahkan mereka juga berupaya untuk menambah nilai pendapatan keluarga melalui penglibatan dalam aktiviti perniagaan kecil-kecilan dan keusahawanan.

“Dalam mendepani ketidakstabilan ekonomi global, kita tidak seharusnya melupakan peranan penting zakat bagi merancakkan kembali ekonomi umat Islam,” katanya.

Ujarnya lagi, umat Islam sudah tentu mengetahui zakat adalah rukun Islam ketiga dan wajib ditunaikan ke atas beberapa jenis harta ditetapkan setelah memenuhi syarat tertentu dan diagihkan kepada golongan yang layak. – Getaran, 9 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

 MAIS, SPRM Jalin Kerjasama Elak Penyelewengan Wang Sumbangan, Zakat

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Khutbah Arafah Musim Haji 1444H Diterjemah Ke 20 Bahasa Dunia Termasuk Bahasa Melayu

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemimpin Wajar Contohi Kepimpinan Rasulullah Urus Tadbir Negara Demi Kestabilan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Individu Diminta Muhasabah Diri, ‘Setiap Kebaikan, Keburukan Akan Kembali Kepada Kita Sendiri’

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang