web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Khidmat Mohd Shafiq Ditamat Serta Merta, Selaras Peraturan - KSN

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 10:08AM

Mohd Shafiq Abdullah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah ditamatkan serta merta mulai semalam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, keputusan berkenaan selari dengan peraturan 49(3) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993]. 

“Subseksyen itu bermakna (Datuk Seri) Mohd Shafiq berhak menikmati semua faedah persaraan yang layak diterima,” katanya hari ini.

Mohd Zuki berkata, keputusan itu juga dibuat dengan mematuhi semua prosedur berkaitan Penamatan Demi Kepentingan Awam (PDKA).

“Ia telah diteliti keteraturannya oleh Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Mohd Zuki menerusi kenyataan sama turut mengucapkan terima kasih kepada Mohd Shafiq atas  perkhidmatan diberikan selama ini.

“Saya bagi pihak kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada (Datuk Seri) Mohd Shafiq Abdullah atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam.

“Saya menyeru kepada semua penjawat awam untuk terus memberikan komitmen dan dedikasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan,” katanya. - Getaran, 13 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ketua Jabatan Bertanggungjawab Laksana Perintah Mahkamah Kes Tuntutan Nafkah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi