web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Subsidi Pukal Perlu Disalur Semula, Sasarkan Golongan Terkesan - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 2:24PM

Anwar bercakap semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup di Putrajaya hari ini. - Gambar ihsan PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu menyalurkan semula subsidi pukal dengan sasaran kepada golongan B40, M40 dan peniaga kecil yang amat terkesan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua jabatan kerajaan perlu merangka dan membangun wahana bersesuaian bagi memastikan pelaksanaan subsidi bersasar itu mengambil kira kepentingan pengguna dan industri.

“Sebagai contoh, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempunyai hampir 10 juta pengguna tetapi 10 peratus daripada angka itu yakni sejuta pengguna yang meliputi kumpulan konglomerat menikmati lebih dari 50 peratus subsidi elektrik,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) di Putrajaya hari ini. 

Perdana Menteri berkata, kerajaan konsisten dalam membangun serta mendukung pembangunan industri yang mampan, seperti sektor penternakan.

Sektor berkenaan jelas beliau, telah mencapai tahap yang mampan bagi memenuhi permintaan tempatan dan berupaya untuk mengeksport.

“Kerajaan berhasrat memudahkan industri ini untuk mengeksport produk mereka serta memastikan sektor penternakan menghasilkan bekalan yang cukup untuk keperluan rakyat, dan ini termasuk menjamin bantuan yang lebih besar serta bersasar, terutamanya kepada pengusaha tempatan,” katanya.

Anwar menarik perhatian, isu bekalan menjadi tumpuan utama kerajaan kerana kekurangan bekalan akan memberi dampak yang buruk, justeru kerajaan akan mempertimbang untuk meneliti kaedah campur tangan kerajaan di peringkat pengguna.

“Mesyuarat NACCOL telah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar dan beberapa ikhtiar telah disyorkan.

“Perkara ini akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan Kabinet akan membuat keputusan esok,” katanya.

Beliau memberitahu, mesyuarat NACCOL hari ini turut dihadiri kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Katanya, ia juga melibatkan semua menteri berkaitan, Ketua Setiausaha Negara, ketua setiausaha kementerian dan agensi kerajaan yang diketuai Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Yunus.

“Mesyuarat hari ini membincangkan mengenai isu yang telah dibangkitkan pada mesyuarat khas yang lalu.

“Saya sendiri memberikan masa dua minggu untuk kementerian terbabit membentangkan semula kertas komprehensif setelah mengadakan sesi libat urus dengan pihak terlibat,” katanya. - Getaran, 13 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'