web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Beri Kenyataan Berunsur Fitnah, Anwar Saman MB Kedah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Dec 2022 5:09PM

Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman ke atas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, atas kenyataan berunsur fitnah.

Menurut writ Mahkamah Tinggi Alor Setar, Sanusi didakwa mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai menyokong Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang ketika itu bertanding sebagai calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen Tambun.

Defendan menurut writ saman itu, telah memberikan satu ucapan pilihan raya pada 13 November lalu ketika menghadiri satu ceramah dikenali sebagai ‘Jelajah PN Best Tambun’.

“Ucapan dalam ceramah tersebut telah diterbitkan atau diterbitkan semula dan disiarkan secara langsung kepada masyarakat umum di aplikasi Facebook menerusi akaun Faizal Azumu.

“Ia telah menerima lebih 88,000 tontonan, 531 reaksi, 58 perkongsian dan 384 komen setakat tarikh pemfailan tindakan ini,” kata writ itu.

Menurut writ tersebut, kenyataan itu pada 14 November telah dipetik oleh MalaysiaKini yang bertindak menerbitkan sebahagian kandungan ceramah berkenaan menerusi satu artikel di portal mereka.

“Kandungan artikel bertajuk ‘Kes liwat Anwar: Dulu kesian sungguh, sekarang PAS kata kena pikiaq’ yang disiarkan dalam bahasa Malaysia dan Inggeris telah disalin secara verbatim.

“Defendan telah membuat rujukan khusus dan langsung kepada plaintif dalam kenyataan menfitnah tersebut, dengan beberapa kali menyebut nama plaintif sepanjang ucapannya,” kata writ berkenaan.

Defendan juga jelas writ sama, merujuk plaintif sebagai seorang yang berangan-angan untuk menyandang portfolio Perdana Menteri.

“Defendan juga merujuk Plaintif sebagai seorang yang telah disabitkan dengan dua pertuduhan liwat.

“Defendan turut tidak percaya bahawa tuduhan berkenaan adalah satu konspirasi,” katanya.

Menurut writ berkenaan, Anwar memohon mahkamah mengeluarkan Perintah Injunksi untuk menghalang defendan daripada terus mengungkap, mengarang atau menerbitkan dan mengedar kenyataan lisan memfitnah atau perkataan terhadap plaintif.

“Plaintif juga memohon Perintah Injunksi untuk menghalang defendan daripada terus mengungkap, mengarang, menerbitkan atau mengedar artikel memfitnah dan perkataan libel memfitnah tersebut,” kata writ itu lagi. – Getaran, 13 Disember 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 5 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'