web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: Tak Sesuai Orang Awam Masuk Ke Kawasan SAR

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2022 9:22PM

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang mengetuai operasi itu, akan menentukan siapa akan dibenarkan masuk ke kawasan pencarian untuk membantu mereka - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Sukarelawan dan badan bukan kerajaan (NGO) tidak dibenarkan berada di lapangan membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di sini kerana tidak sesuai bagi orang awam berada di lokasi pencarian SAR.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang mengetuai operasi itu, akan menentukan siapa akan dibenarkan masuk ke kawasan pencarian untuk membantu mereka.

“Kalau tidak ia akan menyebabkan keadaan lebih kucar-kacir kerana kawasan pencarian yang luas,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian malam ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) memaklumkan hasil perbincangan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya media rasmi kerajaan dibenarkan memasuki ke lokasi pencarian hingga ke zon merah bagi merakam foto sepanjang operasi SAR, mulai malam ini.

Bagaimanapun, katanya esok JaPen dan PDRM akan mengeluarkan jadual bagi membenarkan penggiliran jurugambar daripada agensi media lain untuk turun ke lokasi.

Ia susulan permintaan daripada jurugambar bertugas di lokasi kepada Ketua Polis Negara yang memaklumkan kesukaran mereka untuk mendapatkan visual terbaik.

Sementara itu, Pengarah JBPM Selangor Datuk Norazam Khamis berkata larangan untuk sukarelawan atau NGO berada di tapak SAR adalah demi kebaikan dan keselamatan mereka memandangkan keadaan di kawasan tersebut berbahaya dan berisiko.

Beliau berkata hanya anggota dan agensi menyelamat yang terlatih dibenarkan berada di kawasan operasi zon merah, selaras arahan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara. 

“Contohnya, di kawasan ini kalau kita lihat struktur tanah dalam keadaan lembut dan jika hujan berkemungkinan berlaku lagi runtuhan atau gelinciran di kawasan runtuhan.

“Jadi, keadaan ini memerlukan kepekaan dan latihan khusus serta kesediaan kita menghadapi situasi sukar dan tidak dijangka, sebab itu kita perlukan anggota mahir selain mempunyai kecergasan fizikal yang baik untuk berada di sini,” katanya kepada Bernama. 

Bagaimanapun, beliau berkata NGO dan sukarelawan boleh menghulurkan bantuan di luar kawasan operasi yang dibenarkan, iaitu di luar kawasan yang dikategorikan zon merah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Anjing Liar Ancam Nyawa, PBT Digesa Segera Bertindak

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Polis Kelantan Tahan 4 Lelaki Akibat Main Bunga Api Secara Membahayakan 

4

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Sabarlah Bro, Orang Lain Pun Lapar Jugak!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 5 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka