web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


OKU Sentral Sambut Hari OKU Antarabangsa Dengan Konsert Ilham Isnin Ini - Ras Adiba

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 9:36AM

Ras Adiba Radzi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan OKU Sentral (OKU Sentral) akan menyambut Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Antarabangsa dengan persembahan menarik Konsert ILHAM 2022 yang mengetengahkan penghibur pentas berbakat dalam kalangan OKU, Isnin ini (19 Dis).  

Presiden OKU Sentral Datuk Ras Adiba Radzi berkata Konsert ILHAM 2022 akan menampilkan persembahan rakan-rakan OKU dengan harapan ia akan dapat menaikkan semangat dan memperkasakan mereka kerana konsert ini merupakan satu platform untuk menonjolkan bakat mereka sebagai penghibur.  

“Tidak dapat dinafikan dua tahun lepas merupakan satu tempoh mencabar buat rakan-rakan OKU. Kami kehilangan beberapa orang daripada mereka dan ramai yang juga kehilangan orang tersayang serta  bergelut dengan masalah kewangan.

Justeru, tiba masanya untuk kami meraikan mereka dan mengalami sendiri ‘keajaiban’ mereka secara langsung dan memperingati Hari OKU Antarabangsa yang disambut di seluruh dunia 3 Dis setiap tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ras Adiba yang merupakan seorang senator mewakili komuniti OKU di Dewan Negara berharap lebih ramai yang akan menemui dan menghargai penghibur OKU berbakat ini.

Sementara itu, Konsert ILHAM 2022 akan diserikan dengan persembahan nyanyian Ras Adiba, Khai & Dinie, Umar Hasfizal, Shahril of Muniros dan Eyelitz.

Turut dijadualkan membuat persembahan ialah penari-penari Anak Seni OKU Sentral, OS Wheelies, Permata Gemalai Sari, adik Neranjan Maniam daripada PPKI SMK Desa Perdana KL (tarian tradisional India) dan Low Mee Li & Orange of OS/Beautiful Gate dan Tadika Istika Jaya.

Konsert ini akan berlangsung dalam dua sesi, pukul 3 petang dan 8 malam di Stage 1 Theatre, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Pusat Beli-Belah 1 Utama.

Ras Adiba yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berkata beliau bersyukur kerana diberikan peluang untuk melaksanakan misi OKU Sentral dalam mewakili dan memperkasakan OKU.

“Saya amat berterima kasih dengan rakan OKU kami yang berbakat dan setuju untuk tampil mempersembahkan bakat mereka dan penting bagi kami untuk berkongsi keupayaan dan kemahiran mereka itu,” katanya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kongsi dan penyokong program termasuk Yayasan Hasanah, CIMB, Yayasan CIMB, Yayasan Sime Darby, Yayasan Telekom Malaysia, Celmonzee Wellness dan Glenreagh Sdn Bhd.

Ketika dihubungi Bernama, Ras Adiba berkata konsert yang diadakan pada skala besar kali ini diharap dapat mengembangkan sayap sehingga ke luar negara suatu hari nanti.

“KIta juga berharap ada peluang untuk membawa persembahan ini ke seluruh negara supaya setiap negeri dapat melihat persembahan kami golongan OKU dengan tajaan daripada pihak yang menyokong kita,” katanya.

Beliau berkata konsert kali ini menjanjikan lebih kepelbagaian persembahan yang terdiri daripada nyanyian, pelbagai tarian termasuk tradisional dan persembahan daripada golongan kanak-kanak OKU.

Bagi mereka yang berminat untuk menonton konsert ini boleh menghubungi pihak terlibat iaitu Eita di talian 012 325 0326 atau Linda di talian 013 356 5939 untuk tempahan tiket, tempat untuk kedua-dua sesi adalah terhad. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Terma Betul OKU Adalah Orang Kurang Upaya, Bukan Orang Kelainan Upaya…’ – Ras Adiba

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kementerian Akan Bantu Mudahkan OKU Ceburi Pertanian, Penternakan – Mohamad Sabu

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Ras Adiba Terima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa 2023, ‘Ini Detik Membanggakan Kita Semua’

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tambang Percuma Kepada OKU Selama Sebulan - Ka Siong

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi