web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


NGO Dakwa Diizin Sertai Misi Tanah Runtuh: Bomba Nafi Beri Kebenaran

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 1:53PM

JBPM nafi beri kebenaran kepada badan bukan kerajaan untuk memasuki lokasi tanah runtuh. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATANG KALI - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menafikan memberi kebenaran kepada badan bukan kerajaan (NGO) untuk memasuki lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting di sini.

Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya tidak pernah memberikan sebarang keizinan kepada mana-mana pasukan sukarelawan awam atau individu untuk menyertai operasi.

Katanya, ia selaras arahan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN 20), iaitu hanya anggota dan agensi menyelamat terlatih dibenarkan berada di kawasan zon merah.

“Hanya bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysi (APM) saja dibenarkan masuk ke lokasi bencana,” katanya hari ini.

Beliau berkata, terdapat tiga aspek diambil kira untuk setiap anggota terlibat dalam operasi, iaitu keselamatan, kemahiran dan kecergasan mereka.

“Dengan keadaan semasa struktur tanah kawasan bencana dalam keadaan lembut dan jika hujan berkemungkinan berlaku runtuhan susulan atau gelinciran, ia memerlukan kepekaan dan latihan khusus, jadi kita kena ada kesediaan menghadapi situasi sukar serta tidak dijangka.

“Justeru, kemahiran anggota diperlukan untuk operasi itu, selain mempunyai kecergasan fizikal yang baik untuk berada di sini,” katanya.

Terdahulu, pada Jumaat lalu, tular gambar sekumpulan sukarelawan dari badan NGO yang memasuki tapak tanah runtuh.

NGO tersebut mendakwa diberi kebenaran untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan. - Getaran, 19 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Wang Bidaan Jam Rolex Sudah Diserahkan Kepada NGO Bantu Rakyat Palestin 

3

Semasa 11 bulan yang lalu

SPRM Selesai Temu Bual Saksi Isu NGO Kutip Derma Rakyat Palestin

4

Politik 1 tahun yang lalu

Sudah-Sudahlah Desak Ahmad Zahid Berundur, Ini Masa Kukuhkan Negara!

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah