web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keletihan Bertugas Di Tapak Tanah Runtuh, Norazam Diserang Strok

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Dec 2022 8:58PM

Norazam dimasukkan ke Hospital Selayang akibat keletihan dan strok ringan. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Datuk Norazam Khamis dilaporkan mengalami serangan strok ringan, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor berkata, Norazam dimasukkan ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan susulan.

Menurut jurucakap itu, beliau dilaporkan berada dalam keadaan terkawal dan masih sedarkan diri.

“Pengarah JBPM Selangor dimasukkan ke Hospital Selayang akibat keletihan dan strok ringan pada jam 6 petang.

“Keadaan Datuk terkawal dan masih sedarkan diri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jurucakap itu memberitahu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) Sembilan lagi mangsa masih dijalankan.

“Sama-samalah kita doakan agar kesihatan beliau kembali pulih,” katanya.

Keadaan Norazam terkawal dan sedarkan diri. - Gambar oleh Sarien Nafis
Keadaan Norazam terkawal dan sedarkan diri. - Gambar oleh Sarien Nafis

Getaran hari ini melaporkan, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah dipetik sebagai berkata, setakat petang ini, 125 pegawai dan anggota keselamatan sedang bertugas di tapak operasi menggunakan 11 jengkaut bersama sembilan anjing pengesan (K9), bagi mencari dan mengesan mangsa yang masih hilang.

"Setakat ini belum ada perkembangan terbaru dan pasukan penyelamat sedang bertungkus lumus.

"Kita juga tidak akan hilang keyakinan walaupun keletihan dan akan sentiasa meningkatkan usaha dalam mengesan dan mencari mangsa yang masih hilang," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Sehingga hari ini, 61 mangsa berjaya diselamatkan dalam tragedi terbabit, manakala 24 lagi disahkan meninggal dunia dan sembilan dilaporkan masih hilang.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa masih diteruskan bergantung kepada keadaan cuaca, bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku terhadap pasukan SAR. - Getaran, 19 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

IGP Lawat Norazam Di Hospital

2

Semasa 1 tahun yang lalu

NGO Dakwa Diizin Sertai Misi Tanah Runtuh: Bomba Nafi Beri Kebenaran

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 5 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini