web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kejayaan Undi Percaya Permulaan Kepada Kerajaan Yang Stabil - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2022 7:14AM

Zahid berkata keyakinan dan legitimasi semalam berkata ia merupakan manifestasi buat semua pihak termasuklah kerajaan dan pembangkang untuk bergerak ke hadapan. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejayaan usul undi percaya yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam adalah permulaan kepada kerajaan yang stabil, demi kemakmuran rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, lunas demokrasi menyaksikan rakyat melalui wakil mereka di Dewan Rakyat telah memberikan mandat yang jelas kepada kerajaan perpaduan, apabila usul undi percaya diluluskan dengan lebih suara bersetuju.

Menurut beliau, kelulusan itu membuktikan dengan jelas serta tuntas keabsahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan secara keseluruhan.

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar oleh Azim Rahman
Ahmad Zahid Hamidi - Gambar oleh Azim Rahman

“Dengan keyakinan dan legitimasi hari ini (semalam), ia merupakan manifestasi buat semua pihak termasuklah kerajaan dan pembangkang untuk bergerak ke hadapan dan memberi seluruh tumpuan membangunkan negara.

“Rakyat hari ini mendambakan kerajaan yang bekerja dan berfungsi untuk kesejahteraan serta kemakmuran negara,” katanya, di sini malam tadi.

Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, isu ekonomi dan kos sara hidup rakyat akan menjadi fokus utama dalam pembentukan kerajaan perpaduan. 

“Pelbagai cabaran dalam urusan ekonomi dan kewangan negara pada tahun mendatang in memerlukan sokongan semua pihak dalam memastikan kelangsungan kehidupan rakyat.

“Perancangan dan pelaksanaan dasar yang mampan akan menghasilkan sebuah negara lebih maju dan sejahtera,” katanya.

Presiden UMNO itu menarik perhatian, kestabilan politik amat penting agar rakyat Malaysia dapat bersama dengan lerajaan perpaduan untuk membina negara ke arah yang lebih baik.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menzahirkan ucapan terima kasih buat mantan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Harun atas perkhidmatan beliau selama ini.

“Tahniah jua atas pemilihan dan selamat bertugas buat Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu, Datuk Johari Abdul serta timbalan-timbalan beliau. Gunakan landasan ini bagi menjayakan bersama agenda pengukuhan institusi Parlimen dengan sebaiknya,” katanya. - Getaran, 20 Disember 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global