web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Agenzia Nova Tiada Kredibiliti, Jangan Cuba Scam, Hamzah! - Fahmi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Dec 2022 10:27AM

Agenzia Nova langsung tidak tersenarai dalam Reuters Institue for The Study of Journalism. - Gambar Facebook Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin diingatkan agar jangan cuba menipu, apabila memetik laporan berita antarabangsa yang mencemarkan nama baik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, laporan agensi Itali, Agenzia Nova ternyata tidak memiliki sebarang kredibiliti dan amat meragukan.

Menurut beliau, Reuters Institue for The Study of Journalism (https://reutersinstitute.politics.ox.ac.uk/digital-news-report/2022/italy) ada menyenaraikan laman sesawang berita yang mencatatkan bacaan tertinggi oleh rakyat Itali.

“Guess what? Agenzia Nova langsung tak ada dalam senarai ini!

“Agenzia Nova (dari Itali) yang Hamzah Zainuddin petik ni website apa? Ada kredibiliti ke?” soalnya, sinis.

Selar Fahmi, keyakinan Hamzah memetik laporan berita berkenaan membuatkan beliau pada mulanya menyangka ia dihasilkan sebuah agensi yang bereputasi tinggi.

“La, saya ingatkan website Hamzah Zainuddin petik ni level BERNAMA ke, BBC ke, New York Times ke.

“Rupanya website entah apa-apa!! Nama wartawan yang tulis ‘artikel’ pun tak ada. Jangan nak cuba scam, Hamzah!” tempelaknya.

Hamzah ketika membahaskan usul undi percaya di Dewan Rakyat semalam berkata, Perdana Menteri perlu mengambil tindakan tegas terhadap agensi media antarabangsa yang menyebarkan berita "tidak sopan” mengenai orientasi seksualnya.

Hamzah mendakwa, selepas Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu, sebuah agensi berita Itali telah menerbitkan artikel bertajuk First Full-blown Homosexual Elected Prime Minister in an Islamic Country.

“Laporan ini jelas menghina Anwar dan tindakan tegas harus diambil. Kerajaan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada seluruh dunia bahawa Anwar sudahpun diberi pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong (atas tuduhan liwat). 

“(Anwar) wajib mengambil tindakan terhadap agensi luar. Jangan dibiarkan sehingga dunia percaya seolah-seolah (Anwar) pengamal homoseksual tegar,” katanya. 

Anwar dipenjarakan atas tuduhan liwat pada 1998 dan sekali lagi pada 2015. 

Beliau kemudiannya diberikan pengampunan Diraja dan dibebaskan dari penjara pada 2018.

Ucapan Hamzah telah diganggu oleh beberapa Ahli Parlimen kerajaan, termasuk R.S.N. Rayer (Jelutong-PH) yang lantang meminta mantan Menteri Dalam Negeri itu menarik balik dakwaannya yang ‘tidak sopan dan biadab’. - Getaran, 20 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 3 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad