web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selangor Sumbang RM500,000 Untuk Bantuan Banjir Kelantan, Terengganu - Amirudin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2022 2:09PM

Amirudin Shari - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelantan dan Terengganu bakal menerima bantuan banjir, masing-masing berjumlah RM500,000 daripada kerajaan negeri Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Selangor amat bersimpati dengan nasib rakyat di kedua-dua negeri berkenaan yang berdepan musibah banjir pada skala lebih buruk berbanding sebelum.

Menurut beliau, setakat jam 8 pagi tadi, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) merekodkan 25,353 mangsa di Kelantan dan 37,021 di Terengganu.

“Bagi meringankan beban atas musibah yang melanda, kerajaan negeri bersedia menghulurkan Sumbangan Bantuan Banjir #KitaSelangor 2022.

“Sumbangan adalah bentuk bantuan kewangan buat Kelantan dan Terengganu yang berhadapan musibah banjir dengan sejumlah RM500,000 setiap negeri,” katanya, hari ini.

Jelas Amirudin, kerajaan negeri melalui skuad PANTAS serta SERVE juga bersedia berkhidmat untuk sebarang bentuk bantuan kemanusiaan pasca banjir sebaik sahaja keadaan mengizinkan.

“Acara Sambutan Ambang Tahun Baharu peringkat negeri Selangor juga dibatalkan demi menghormati mangsa dan keluarga yang terkesan dengan musibah banjir dan tragedi tanah runtuh Batang Kali,” katanya.

Setakat pagi ini, seramai 56,159 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di lima negeri setakat pagi tadi, dengan Kelantan dan Terengganu terus mencatatkan peningkatan. - Getaran, 20 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 6 hari yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah