web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


IGP Lawat Norazam Di Hospital

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2022 5:07PM

Acryl Sani Abdullah Sani meluangkan masa melawat Norazam Khamis di Hospital Selayang di sini, pagi tadi. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani meluangkan masa melawat Datuk Norazam Khamis di Hospital Selayang di sini, pagi tadi selepas Pengarah 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor itu dimasukkan ke situ sejak semalam akibat mengalami angin ahmar ringan.

Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kehadiran beliau disambut Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Selayang, Datuk Dr Mohamed Alwi Abd Rahman.

Turut hadir, pegawai kanan PDRM bersama JBPM Selangor.

“Seluruh warga PDRM mendoakan agar kesihatan Datuk Norazam segera pulih dan dapat kembali menjalankan tugas seperti sedia kala.

“Sesungguhnya hubungan PDRM bersama JBPM ini ibarat sahabat karib yang saling memerlukan dan sentiasa membantu antara satu sama lain,” menurut kenyataan dimuat naik di Facebook itu.

Terdahulu, Getaran melaporkan, Norazam mengalami serangan strok ringan petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor berkata, Norazam dimasukkan ke Hospital Selayang untuk rawatan susulan.

Beliau dipercayai mengalami strok akibat keletihan selepas bertugas sejak hari pertama kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali, Selangor, bermula 16 Disember lalu.

Bagaimanapun, jurucakap itu memaklumkan, Norazam berada dalam keadaan terkawal dan masih sedarkan diri. – Getaran, 20 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Peras RM1.25 Juta: 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan Bantu Siasatan

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Maktab PDRM Sedia Jadi Hab Pembelajaran Keselamatan Siber - KPN

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Bekas Wartawan Sambilan Terlantar Terima Sumbangan Tabung Kasih@HAWANA

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 5 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah