web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sektor Pelancongan Kembali Rancak, Ombak Villa Tawar Tarikan Buat Mempelai

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2022 8:00PM

Ombak Villa menawarkan pelbagai pakej bulan madu bagi pasangan mempelai yang baru melangsungkan perkahwinan. 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sektor pelancongan yang kembali rancak sebaik negara memasuki fasa endemik membuatkan lokasi tumpuan ramai kembali menjadi tumpuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MK Land Holdings Berhad, Datuk Faris Yahaya berkata, Malaysia amat bertuah kerana memiliki pelbagai produk pelancongan menarik termasuk gugusan pulau, hutan hujan tropika dan pantai yang indah.

Menurut beliau, antara destinasi yang sering menjadi tumpuan ialah Langkawi, sebuah pulau penuh dengan daya tarikan dan legenda tersendiri.

“Di MK Land, kami ada Ombak Villa dan menawarkan konsep penginapan yang berupaya menambat hati pelancong, khususnya pasangan pengantin baharu.

“Bagi anda yang baru melangsungkan perkahwinan dan ingin ke Langkawi tetapi masih tercari-cari penginapan dan lokasi bulan madu yang menenangkan, saya mengalu-alukan anda semua ke Ombak Villa Langkawi,” katanya kepada Getaran.

Faris berkata, kedudukan Ombak Villa di Padang Matsirat dan hanya lima minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi menjadikan ia destinasi yang amat strategik.

“Ia juga terletak hanya 10 minit perjalanan ke Pantai Cenang dan lain-lain tempat menarik di Langkawi.

“Terdapat pelbagai pakej menarik telah disediakan untuk pengunjung menikmati kemudahan dan aktiviti-yang ditawarkan oleh Ombak Villa Resort,” katanya.

Beliau menarik perhatian, Ombak Villa turut menawarkan pelbagai pakej bulan madu bagi pasangan mempelai yang baru melangsungkan perkahwinan. 

“Pelbagai menu menarik juga disediakan untuk memenuhi selera termasuk stimbot, gril dan paling istimewa, hidangan asam pedas ekor lembu yang patut dicuba oleh semua pengunjung termasuk pasangan mempelai. 

“Dengan kawasan luar yang luas, hijau dan redup, pelbagai aktiviti luar juga boleh dilakukan termasuk penganjuran majlis perkahwinan dalam taman,” katanya. - Getaran, 20 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Buka Sektor Penerbangan Untuk Turunkan Harga, Rancakkan Semula Pelancongan Langkawi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Puak Tak Mengaji (Belajar) Kata Saya Umum Benda Mustahil - Sanusi  

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang