web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tragedi Batang Kali: 4 Lagi Mayat Ditemui

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 12:15PM

Semua mangsa ditemui di Sektor C lokasi tanah runtuh, pagi tadi. - Gambar Twitter @mynadma

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Empat lagi mayat mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali ditemui di Sektor C pada jam 10.39 pagi tadi.

Kesemua mayat tersebut terdiri daripada sepasang kanak-kanak lelaki dan perempuan serta dua individu dewasa iaitu seorang lelaki dan wanita.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor berkata, penemuan itu bermakna 30 mayat telah ditemui setakat ini.

Menurut beliau, operasi mengeluarkan keempat-empat mayat berkenaan masih dilakukan.

Gambar ihsan Bomba Selangor
Gambar ihsan Bomba Selangor

“Misi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan untuk mengesan baki tiga lagi mangsa yang dilaporkan hilang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm yang berlaku Jumaat lalu itu sehingga kini meragut 30 nyawa, manakala 61 lain berjaya diselamatkan.

Mangsa yang maut terdiri daripada 20 individu dewasa dan 10 kanak-kanak.

Operasi SAR disambung semula jam 8 pagi tadi selepas dua kali tergendala akibat hujan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, misi mencari dihentikan sementara semalam atas faktor keselamatan, kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Gambar ihsan Bomba Selangor
Gambar ihsan Bomba Selangor

Mayat ke-26 ditemui pada jam 11.16 pagi semalam di sektor B dalam keadaan berpelukan bersama anjing miliknya, manakala bangkai seekor lagi haiwan itu turut ditemui berhampiran.

Pada jam 11.20 malam sebelumnya, mayat seorang kanak-kanak perempuan dianggarkan berusia antara enam hingga 10 tahun dan berpakaian merah jambu ditemui dengan beberapa bagasi serta komputer riba.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan identifikasi manakala bangkai dua anjing berkenaan dihantar ke Jabatan Veterinar. - Getaran, 22 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

3

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Solat Jumaat, Hadir Jamuan Aidilfitri Bersama Warga Batang Kali

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Anwar Ajak Rakyat Sertai Jamuan Raya Di Batang Kali Hari Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 5 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang