web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Potongan Cukai Taksiran 30 Peratus Untuk Kediaman Bawah RM300,000

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Dec 2022 5:13PM

Pengurangan ini selaras dengan hasrat kerajaan perpaduan untuk mengurangkan bebanan rakyat. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua kediaman berharga di bawah RM300,000 akan diberikan potongan sebanyak 30 peratus dari jumlah cukai taksiran dikenakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengurangan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan perpaduan untuk mengurangkan bebanan rakyat.

Menurut beliau, potongan tersebut terutamanya melibatkan golongan M40 dan B40 yang memiliki kediaman mampu milik di Putrajaya.

Anwar Ibrahim bersama kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). - Gambar ihsan Jabatan Perdana Menteri
Anwar Ibrahim bersama kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). - Gambar ihsan Jabatan Perdana Menteri

“Saya mendengar rungutan dan pandangan daripada penduduk di Putrajaya bahawa cukai taksiran yang dikenakan ke atas premis kediaman mereka agak tinggi berbanding kawasan sekitarnya.

“Setelah mendapat penerangan lanjut daripada pihak berwajib, saya bersetuju bahawa semua kediaman yang berharga di bawah RM300,000 akan diberikan potongan sebanyak 30 peratus dari jumlah cukai taksiran yang dikenakan,” katanya, hari ini.

Perdana Menteri berkata, potongan sebanyak 30 peratus ini diberikan kepada premis kediaman yang telah siap dibina pada tahun 2017 sehingga kini yang melibatkan hampir 8,500 unit kediaman.

“Pengurangan cukai taksiran akan mula berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023 sehingga penilaian semula dilaksanakan oleh Perbadanan Putrajaya,” katanya.

Gambar ihsan Jabatan Perdana Menteri
Gambar ihsan Jabatan Perdana Menteri

Terdahulu, Anwar berkata, pentadbiran kerajaan perpaduan akan terus memberi perhatian kepada usaha meringankan beban rakyat.

Beliau memberitahu, perkara tersebut ditegaskan pada pertemuan dengan pengurusan tertinggi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi tadi. 

“Saya mendengar beberapa taklimat serta penerangan terkait pengurusan dan hal ehwal DBKL. 

Saya turut mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membincangkan beberapa perkara dasar dan usaha,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Menurut Perdana Menteri, semua langkah itu adalah bagi mendepani permasalahan miskin bandar.

“Saya tegaskan bahawa tekad utama pentadbiran ketika ini adalah usaha membantu meringankan beban hidup rakyat,” katanya. - Getaran, 22 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 3 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global