web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Norazam Dibenarkan Pulang Ke Rumah, Jalankan Tugas Ringan Pantau Misi SAR

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Dec 2022 8:20PM

Norazam akan menjalankan tugas-tugas ringan dari kediamannya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis yang mengalami serangan strok ringan 19 Disember lalu telah dibenarkan pulang ke rumah.

Jurucakap JBPM Selangor berkata, pemeriksaan ke atas Norazam mendapati tiada tanda serangan terbabit akan berulang.

Menurut beliau, kesan strok ringan yang dialami juga disahkan telah hilang.

“Beliau kini telah dibenarkan keluar dari hospital dan berehat di rumahnya atas nasihat doktor.

“Keadaan beliau adalah stabil dan akan bertambah baik setakat hari ini,” katanya.

Jurucakap berkenaan berkata, Norazam akan menjalankan tugas-tugas ringan dari kediamannya sepajang tempoh tersebut.

“Beliau akan terus memantau gerak kerja operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tapak tanah runtuh di Batang Kali menerusi telefon,” katanya.

Jelas jurucakap itu, anggota JBPM Selangor yang sedang menjalankan misi SAR telah terbukti kebolehan dan kepakaran mereka kerana berjaya menemui empat lagi mangsa dalam timbunan tanah pada jam 11.04 pagi tadi.

“Pengarah JBPM Selangor sangat percaya dan amat yakin pegawai bomba yang masih bertugas di Batang Kali boleh berjaya mengesankan baki mangsa yang belum ditemui.

“Pengarah juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesihatan beliau dan kepada semua anggota yang sedang bertugas di Batang Kali,” katanya. - Getaran, 22 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Bekas Wartawan Sambilan Terlantar Terima Sumbangan Tabung Kasih@HAWANA

2

Semasa 1 tahun yang lalu

IGP Lawat Norazam Di Hospital

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rakyat Malaysia Alami Strok Di Korea Selatan, Selamat Pulang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Strok Penyakit Pembunuh Ketiga Rakyat Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'