web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Restoran Tular Tikus ‘Jamah’ Ayam Goreng Diarah Tutup 14 Hari

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 2:18PM

Tangkap layar seekor tikus yang sedang menjamah ayam goreng di sebuah restoran. - Gambar tangkap layar Instagram zoeyhanafiah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan sebuah restoran di Pandan Indah dekat sini yang tular di media sosial kerana seekor tikus ‘menjamah’ ayam goreng dalam pemanas makanan ditutup selama 14 hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, arahan penutupan itu dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

Menurut beliau, tindakan itu diambil susulan pemeriksaan dilakukan pasukan penguat kuasa kesihatan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) dari Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan makanan di premis tersebut tidak memuaskan. Justeru, tindakan penutupan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dan arahan penutupan selama 14 hari dikeluarkan. 

“Di samping itu, sebanyak enam notis kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 kerana gagal dalam beberapa aspek kawalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Baru-baru ini tular sebuah klip video menjijikkan yang memaparkan seekor tikus sedang menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan di sebuah restoran. 

Video tular dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter bernama Zoey Hanafiah mendakwa ia berlaku ketika dia sedang makan di premis berkenaan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, KKM memandang serius isu kebersihan dan keselamatan makanan. 

Justeru, katanya, orang ramai terutama pengusaha dan pengendali makanan disarankan untuk menjalankan tanggungjawab bersama dalam memastikan aspek keselamatan makanan terjaga bagi mengelakkan keracunan dan wabak penyakit bawaan makanan berlaku. 

“Pengguna turut disarankan memilih premis makanan yang mempunyai logo BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat) apabila membeli atau menjamu makan di luar rumah.

“Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat,” katanya.

Ujarnya lagi, pengguna juga boleh melayari laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara itu. - Getaran, 25 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Selera 2 minggu yang lalu

Mana Mau Makan Pan Mi Halal?

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'