web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kereta Api Funikular Bukit Bendera Alami Kebocoran Hos Brek Trek

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 1:52PM

PBBPP dalam kenyataan memaklumkan kereta api funikular itu mengalami gangguan pada kira-kira 4 petang dan kembali beroperasi seperti biasa pada 6.45 petang. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera di sini mengalami gangguan beberapa jam berikutan berlaku kebocoran pada hos brek trek, semalam.

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dalam kenyataan memaklumkan kereta api funikular itu mengalami gangguan pada kira-kira 4 petang dan ia kembali beroperasi seperti biasa pada 6.45 petang.

"Setelah siasatan dijalankan, pasukan penyelenggaraan PBBPP mendapati kebocoran pada hos brek trek dan memerlukan sedikit masa untuk menggantikan bahagian tersebut serta menghidupkan sistem dengan sepenuhnya.

"PBBPP ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung atas kesabaran anda terhadap gangguan perkhidmatan dan kami juga ingin menekankan bahawa perkhidmatan funikular dan keselamatan penumpang adalah keutamaan kami," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan PBBPP amat berterima kasih kepada perkhidmatan jip Persatuan Penduduk Bukit Bendera, perkhidmatan bas dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas tindakan pantas dalam menangani situasi kecemasan tersebut.

Selain itu, PBBPP amat menghargai kefahaman dan sokongan penduduk serta pengusaha perniagaan.

"PBBPP kesal dengan kejadiaan yang berlaku pada hari ini dan memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami," menurut kenyataan itu.

Media semalam, melaporkan kira-kira 1,000 pengunjung hampa apabila hasrat mereka untuk menikmati cuti sempena perayaan Krismas di puncak Bukit Bendera di sini terkubur setelah perkhidmatan kereta api furnikular dilaporkan mengalami kerosakan.

Suasana di pekarangan stesen bawah itu dikatakan bertukar kecoh apabila ada dalam kalangan pengunjung yang tiba seawal 12 tengah hari mula meluahkan kekecewaan berikutan tempoh menunggu diambil hampir lima jam sehingga 5.15 petang.

Terdahulu, tular di media sosial klip video serta hantaran oleh pengunjung yang merungut berhubung masalah perkhidmatan funikular di Bukit Bendera sehingga menyebabkan ratusan penumpang terkandas di stesen bawah serta di puncak bukit tersebut akibat gangguan tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

3

Jelajah 2 bulan yang lalu

67 Tahun Merdeka, Jom Kenali Puncak Tertinggi Negara!

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Sindiket Dadah Tumpas, 4 Lelaki Ditahan Bersama Dadah RM178,500

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 8 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini