web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelaksanaan Gaji Minimum Bagi Majikan Menggaji Kurang 5 Pekerja Ditangguhkan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Dec 2022 1:36PM

V Sivakumar menerusi satu kenyataan hari ini, dengan menegaskan keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang dijangka menghadapi cabaran ekonomi dan kewangan pada tahun depan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,500 bagi kategori majikan yang menggajikan kurang daripada lima pekerja yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Januari depan kepada 1 Julai 2023.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar menerusi satu kenyataan hari ini, dengan menegaskan keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang dijangka menghadapi cabaran ekonomi dan kewangan pada tahun depan.

“Penangguhan tambahan selama enam bulan ini juga diharap dapat memberikan peluang untuk menyelaras dan mengimbangi keperluan kewangan yang sedikit sebanyak akan membantu memulihkan kedudukan ekonomi syarikat yang menggajikan kurang daripada lima pekerja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun beliau menegaskan, majikan yang menggajikan lima pekerja atau lebih serta majikan yang menjalankan aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (Malaysia Standard Classification of Occupation, MASCO) masih perlu meneruskan pembayaran gaji minimum sebanyak RM1,500 bermula 1 Mei lalu.

Kerajaan pimpinan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini menetapkan perintah gaji minimum RM1,500 berkuatkuasa pada 1 Mei lalu untuk semua sektor wilayah bagi majikan yang menggajikan lima pekerja atau lebih.

Untuk rekod, kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Februari 2020, dengan kenaikan RM100 daripada RM1,100 ke RM1,200 sebulan, ketika pembentangan Bajet Tahun 2020.

Malah, satu warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 27 April 2022 turut dikeluarkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan ketika itu dan disiarkan di laman web rasmi Pejabat Peguam Negara.

Dokumen pewartaan itu bertajuk Perintah Gaji Minimum 2022 mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

Berdasarkan dokumen itu, kadar gaji minimum dan kadar gaji bagi pekerja yang dibayar hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan dan sebagainya berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022. – Getaran, Disember 27, 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelaksanaan Gaji Minimum Diteruskan 1 Mei - Saravanan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Harus Wajibkan, Bukan Hanya Nasihat Pelaksanaan Gaji Minima RM1,500

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka