web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Individu Muat Naik Komen Rasis Sudah Didakwa – PDRM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 3:14PM

Individu yang memuat naik mesej berbaur perkauman di media sosial menggunakan akaun ‘Nazrul Nazari’ sebenarnya sudah didakwa - Tangkapan layar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Individu yang memuat naik mesej berbaur perkauman di media sosial menggunakan akaun ‘Nazrul Nazari’ sebenarnya sudah didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pemuda berusia 33 tahun tersebut ditahan pada 1 April 2022.

Menurut beliau, komen berbaur perkauman berkenaan dimuat naik pada Ogos 2019.

“Tangkap layar komen tersebut ditularkan semula melalui pelbagai platform media sosial, termasuk Facebook dan aplikasi WhatsApp.

“Pelaku telah didakwa kerana memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam dan dia turut didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Noorsiah memberi amaran, sebarang provokasi yang menggugat ketenteraman serta keharmonian kaum di Malaysia adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan tegas.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menularkan semula komen berkenaan secara provokasi kerana perbuatan tersebut boleh menggugat ketenteraman serta keharmonian kaum di Malaysia.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mendatangkan khianat awam melalui isu menyentuh sensitiviti agama dan kaum,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, individu yang bertanggungjawab memuat naik komen terbabit telah dijatuhkan hukuman denda RM1,000 dan RM5,000, masing-masing di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Yahaya memberitahu, tertuduh turut dijatuhkan hukuman penjara selama tiga hari.

“Kedua-dua hukuman tersebut dijatuhkan Mahkamah Majistret dan Sesyen Ipoh.

“Mesej yang tular itu dikitar semula dan semakan polis mendapati, laporan berhubung perkara terbabit diterima di Balai Polis Lahat, Ipoh pada 12 Ogos 2019,” katanya. – Getaran, 27 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

4

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 3 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad