web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Samseng Jalanan Hayun Rotan Direman 3 Hari

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Dec 2022 4:43PM

Seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes buli jalanan telah ditahan reman selama tiga hari. - Tangkapan layar dari video di Twitter @zabedabedoo

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Gara-gara berkelakuan seperti seorang samseng, seorang lelaki tempatan direman tiga hari sehingga esok, selepas dipercayai terbabit dalam kes buli jalanan (road bully).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek ditahan Isnin lalu sekitar jam 3.20 petang di Jalan Penchala di sini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati, suspek pada 23 Disember lalu bertindak menghayun sebatang kayu menyerupai rotan ke arah seorang pemuda, selepas terbabit dalam satu pertengkaran.

Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid - Gambar fail
Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid - Gambar fail

“Suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati apabila dihon mangsa, yang ketika itu sedang memandu.

“Menurut laporan diterima, kereta dipandu suspek tidak bergerak sewaktu berada di Jalan SS8/2 Sungai Way di sini, walaupun lampu isyarat bertukar ke warna hijau,” katanya hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, insiden berkenaan berlaku pada jam 10 pagi, sewaktu mangsa yang merupakan seorang pemandu Uber sedang membawa penumpang.

“Mangsa telah membunyikan hon sebanyak tiga kali, tetapi suspek masih tidak menggerak kereta, sebaliknya menurunkan tingkap dan menunjukkan jari tengah kepada pemuda terbabit.

“Tidak hanya itu, suspek turut mengeluarkan kata-kata kesat dan mendesak mangsa memberhentikan kereta,” katanya.

Jelas beliau, mangsa yang dihalang oleh pembahagi jalan terpaksa memberhentikan kenderaan dipandu.

“Sebaik dia keluar daripada kereta, suspek bertindak menghayun rotan berkenaan, sebelum terlebih dahulu terbabit dalam pertengkaran bersama mangsa,” katanya.

Mangsa tambah Mohamad Fakhrudin, membuat laporan polis pada 24 Disember lalu di Ibu Pejabat Polis Derah (IPD) Petaling Jaya di sini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1965.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berkenaan sebarang jenayah, diminta menghubungi IPD Petaling Jaya di talian 03 - 7966 2222,” katanya. - Getaran, 28 Disember 2022



 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'