web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kenaikan Tarif Elektrik, Kos Buruh Terlalu Membebankan - Persatuan Pengeluar Komponen Automotif

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2022 11:38AM

Pengeluar komponen automotif memohon kerajaan menangguhkan pelaksanaan mengejut tarif elektrik sebanyak 566 peratus kepada 20 sen dan 27.7 sen/kWh pada 1 Januari 2023. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengeluar-pengeluar komponen automotif memohon kerajaan untuk menangguhkan pelaksanaan mengejut tarif elektrik sebanyak 566 peratus kepada 20 sen dan 27.7 sen/kWh pada 1 Januari 2023 daripada kadar 3 sen/kWh sekarang.

Presiden Persatuan Pembekal Perodua (P2SA) Helmi Sheikh Mahmood peningkatan ini “akan memberi impak mendalam kepada seluruh industri di negara ini, besar ataupun kecil kerana kesannya akan dirasai oleh semua”.

Helmi berkata demikian dalam satu kenyataan bersama bagi pihak Persatuan Vendor Proton (PVA), Kelab Pembekal Toyota (TSC), Kelab Pembekal Honda Malaysia (HMSC) dan Persatuan Pembuat Alat Komponen Kereta (MACPMA).

Helmi berkata pengeluar-pengeluar komponen automotif tempatan memahami objektif kerajaan untuk menghapuskan subsidi kepada industri yang menggunakan voltan sederhana dan voltan tinggi demi mengurangkan impak kos akibat peningkatan harga arang kepada sektor tenaga negara.

“Walaupun begitu, kesan tarif yang bakal diperkenalkan dan impak pindaan Akta Pekerja 1955 (Pindaan 2022) terlalu berat untuk kami pikul,” kata Helmi dalam kenyataan bersama itu.

Beliau berkata pindaan akta itu yang memberi kesan tinggi kepada kos operasi industri ini meningkatkan tahap gaji minimum sebanyak 25 peratus kepada RM1,500 daripada RM1,200 sebelum ini, dan menurunkan jumlah bekerja kepada 45 jam seminggu daripada 48 jam sebelum ini, mengakibatkan peningkatan kos lebih masa. 

“Kedua-dua faktor ini (peningkatan tarif dan pindaan Akta Pekerja 1955 (Pindaan 2022)) kos ini tidak dapat diserapkan oleh ahli-ahli kami dan kami akan terpaksa menurunkan peningkatan kos ini kepada para pelanggan.

“Ini akan memberi kesan yang negatif kepada industi automotif kerana ia akan meningkatkan harga kenderaan secara mendadak,” kata Helmi.

“Kami juga ingin berbakti demi negara dan kami memohon pihak kerajaan untuk menangguhkan perlaksanaan kenaikan tarif elektrik serta bekerjasama dengan kami demi memastikan sebarang perubahan polisi, undang-undang, insentif, tarif atau/dan initiatif lain akan memberikan kesan yang diingini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Tidak Semua Majikan Mampu Naikkan Gaji Minimum - Pakar Ekonomi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pelarasan Tarif Elektrik Di KHTP Bagi Tempoh 1 Julai Hingga 31 Dis 2023

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Jadikan Perbezaan Politik Senjata Permusuhan - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tiada Lagi Subsidi Elektrik, Haji Untuk T20 – PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global