web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bantuan RM10 Juta Bakal Diterima Pesawah 3 Negeri Selewatnya 16 Januari

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 10:50AM

Sebanyak RM10 juta daripada nilai bantuan itu akan disalurkan terlebih dahulu kepada pesawah di tiga negeri, iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) akan menyalurkan Bantuan Khas Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) 2022 bernilai RM60 juta secara berperingkat kepada pesawah, bagi membantu kewangan mereka.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, sebanyak RM10 juta daripada nilai bantuan itu akan disalurkan terlebih dahulu kepada pesawah di tiga negeri, iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Katanya, pesawah di negeri lain akan menerima baki bantuan khas BERNAS itu yang berjumlah RM50 juta apabila ia disalurkan tahun depan.

“Pesawah di tiga buah negeri terbabit akan menerima bantuan khas ini selewat-lewatnya pada 16 Januari depan.

“MAFS dan agensi dibawahnya sedang memuktamadkan senarai nama dan nombor akaun pesawah di ketiga-tiga negeri, bagi memastikan proses penyaluran lancar,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Seramai 20,598 pesawah akan memperoleh manfaat daripada sumbangan BERNAS itu dengan setiap seorang diberikan RM250.

Pada awal Disember lalu, BERNAS bersetuju memenuhi permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya peruntukan sebanyak RM60 juta disediakan bagi membantu pesawah di seluruh negara.

Anwar berkata, arahan kerajaan kepada BERNAS itu supaya menyalurkan peruntukan RM10 juta kepada pesawah miskin bulan ini dan RM50 juta pada tahun hadapan, bukan bertujuan merobohkan empayar perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Sebaliknya, beliau berkata ia dilakukan untuk kepentingan rakyat dan pesawah miskin, termasuk di Kedah.

Perdana Menteri berkata, langkah itu adalah untuk mencari jalan penyelesaian dan kelulusan terbabit dibuat selepas berunding dengan Syed Mokhtar. – Getaran, 31 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 bulan yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah