web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Jamin Perkasa Agensi KKDW, Upayakan Lagi Sektor TVET - TPM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 8:19PM

Ahmad Zahid Hamidi ketika menerima kunjungan delegasi MPN diketuai Dr Shamsul Amri Baharuddin (dua kiri). - Gambar ihsan Jabatan Perdana Menteri 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan akan terus memastikan agensi di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) diperkasa, bagi mencipta hasil yang lebih mampan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jaminan itu mencakupi pengupayaan sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menurut beliau, kerajaan amat mengharapkan golongan ahli akademik dan cendekiawan yang bernaung di bawah Majlis Profesor Negara (MPN) dapat bersama membantu serta memberikan kepakaran dalam isu kos sara hidup demi kesejahteraaan rakyat.

“Alhamdullilah, hari ini saya berbesar hati menerima kunjungan delegasi dari MPN yang diketuai oleh Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, selaku Pengerusi MPN. 

“Lebih dua jam kami sama-sama  berbincang dan melihat sisi kerjasama  yang boleh dijalinkan,” katanya hari ini.

Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, kepakaran ilmuan dan kluster yang wujud di bawah MPN membolehkan banyak data, kajian, penyelidikan dan idea mampu diangkat untuk pembangunan negara bangsa. 

“Saya menyambut baik cadangan yang diberikan dan akan memastikan agensi di bawah KKDW akan terus diupayakan khususnya dalam sektor TVET.

“Dalam rentetan perbincangan, isu utama yang diangkat menjurus kepada isu pembangunan di KKDW yang melibatkan sektor pendidikan khususnya TVET,” katanya.

Beliau menarik perhatian, sesi sesi perkongsian dan meraikan pendapat daripada golongan ahli akademik akan terus diadakan kerana pertemuan seumpama ini adalah satu 'koridor baharu' dalam usaha mendapatkan input  terkini yang diperlukan.

“Ia bagi memastikan dasar pentadbiran negara sentiasa memenuhi aspirasi rakyat,” katanya.

Terdahulu, Zahid yang juga Presiden UMNO menerima kunjungan hormaf Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau memberitahu, pertemuan singkat berkenaan padat berisi perbincangan yang menyentuh beberapa perkara, khususnya agenda pembangunan negeri.

“Minggu pertama tahun 2023, saya telah menerima kunjungan hormat daripada Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang pada sebelah pagi sebelum pertemuan saya bersama delegasi MPN.

“Pertemuan yang singkat. Namun, beberapa perkara sempat kami bincangkan terutamanya mengenai agenda pembangunan negeri serta penambahbaikan dalam menghadapi bencana banjir yang memerlukan pelan jangka masa panjang,” katanya. - Getaran, 3 Januari 2023


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 2 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

3

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Pendidikan 3 bulan yang lalu

Pembiayaan Tambahan RM200 Juta Disediakan Untuk Program TVET - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 3 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi