web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kekalkan Hajiji Ketua Menteri Sabah, Beri Ruang Beliau Selesaikan Masalah - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2023 8:28AM

Anwar bersama Hajiji melambaikan tangan ketika menaiki kenderaan selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin GRS, PH, dan ADUN UMNO yang menyokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju agar Datuk Seri Hajiji Noor dikekalkan sebagai Ketua Menteri Sabah.

Bercakap kepada media di kediaman rasmi Ketua Menteri di Kota Kinabalu, Sabah malam tadi, Anwar juga melahirkan harapan untuk melihat Sabah terus progresif di bawah pentadbiran Hajiji.

“Krisis kepemimpinan di Sabah menunjukkan perkembangan baik dan Hajiji harus diberikan ruang untuk mencari mekanisma terbaik dalam menyelesaikan kemelut berkenaan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui di Magellan Sutera Harbour, Perdana Menteri memberitahu, beliau dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang berusaha mencari jalan menyelesaikan krisis terbabit.

“Saya dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedang mencari jalan penyelesaian terbaik untuk masalah ini.

“Sungguhpun begitu, keputusan akhir akan diputuskan oleh barisan kepemimpinan kanan negeri. Kami hanya boleh menasihati,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas krisis kepemimpinan Sabah, yang tercetus Jumaat lalu, susulan pengumuman dibuat Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

Bung Mokhtar menerusi pengumuman berkenaan berkata, BN dan UMNO Sabah menarik semula sokongan terhadap Hajiji selepas hilang kepercayaan atas kepemimpinan beliau.

Katanya, ia berikutan perlanggaran perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional (PN) yang dibuat sebelum ini.

Terdahulu, Anwar dan Zahid mengadakan mesyuarat kira-kira 40 minit dengan Hajiji dan wakil kerajaan di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, sebaik tiba di Sabah, selepas mengakhiri lawatan rasmi ke Jakarta, Indonesia. - Getaran, 10 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

2

Politik 8 bulan yang lalu

Politiking Berterusan Hanya Akan Rugikan Rakyat, Negara - Hajiji

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Hari Sabah Kembali Selepas 60 Tahun, Bakal Jadi Acara Tahunan

4

Politik 1 tahun yang lalu

Hajiji Bentang Pindaan Perlembagaan Sabah Berkaitan Anti Lompat Parti

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 5 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah