web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Alami Pendarahan Otak, Retak Tempurung Kepala, Bayi 4 Bulan Koma Didera 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2023 4:00PM

Seorang bayi lelaki koma akibat pendarahan otak, selepas disyaki didera pengasuhnya. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Seorang bayi lelaki koma akibat pendarahan otak, selepas disyaki didera pengasuhnya di Batu Burok di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, insiden tersebut berlaku di sebuah pusat jagaan kanak-kanak pada Rabu.

Menurut beliau, mangsa berusia empat bulan itu kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital  Sultanah Nur Zahiran (HSNZ).

“Mangsa baru tiga hari didaftarkan di premis terbabit dan dia juga dilaporkan mengalami keretakan di bahagian tempurung kepala.

“Dia berada dalam keadaan lemah dan kesakitan sewaktu diambil oleh bapanya, seorang pegawai perubatan berusia 29 tahun sebelum dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Januari Polis Terengganu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu (IPK) hari ini.

Rohaimi berkata, pemuda berkenaan sebaik dimaklumkan mengenai kecederaan anaknya itu mengesyaki bayi terbabit didera, dan terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

“Susulan laporan yang dibuat Rabu lalu itu, polis menahan tiga suspek wanita, berusia antara 22 hingga 33 tahun di pusat asuhan berkenaan petang semalam.

“Kesemua mereka ketika ditanya menafikan ada berlaku kejadian tidak diingini, tetapi pemeriksaan pada kamera litar tertutup (CCTV) mendapati sebaliknya,” katanya.

Jelas Rohaimi, rakaman CCTV mendapati, kepala bayi malang terbabit dipukul oleh suspek menggunakan tangan.

“Perbuatan itu menyebabkan mangsa mengalami semua kecederaan serius berkenaan,” katanya.

Ketiga-tiga wanita terlibat ditahan teman selama enam hari bermula hari ini dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali. - Getaran, 10 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 5 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini