web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ulang Tahun Keputeraan Ke-75 Tuanku Muhriz, PM Zahir Taat Setia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2023 10:33AM

Anwar Ibrahim turut mendoakan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan seluruh kerabat Diraja berada dalam keadaan sihat di bawah rahmat Allah SWT - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-75 hari ini.

Menerusi hantaran ringkas di Facebook, Anwar turut mendoakan baginda dan seluruh kerabat Diraja berada dalam keadaan sihat di bawah rahmat Allah SWT.

“Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-75, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

“Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Duli Tuanku dan Tunku Ampuan Besar serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan,” katanya.

Anwar yang juga bekas Ahli Parlimen Port Dickson turut menzahirkan harapan agar baginda kekal qarar memerintah rakyat Negeri Sembilan dengan adil dan saksama.

“Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi,” katanya. 

Sempena hari keputeraan baginda, Tuanku Muhriz turut berkenan menganugerahkan darjah kebesaran, bintang dan pingat kepada 540 penerima, hari ini.

Mendahului senarai ialah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr Razali Ab Malik yang dianugerahkan Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS), membawa gelaran Datuk Seri.

Turut dianugerahkan darjah sama ialah Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Datuk Dr Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir. - Getaran, 14 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 19 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global