web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Pertanding Jawatan Top 2, Bekas Ahli UMNO Beri Reaksi Sinis

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Jan 2023 11:46AM

Annuar Musa (kiri) dan Shahidan Kassim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan UMNO untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti turut menerima reaksi sinis bekas ahli.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menerusi hantaran di Facebook secara sinis mengucapkan tahniah kepada UMNO atas keputusan berkenaan.

“Saya mengucapkan TAHNIAH kerana presiden sebuah parti tidak perlu dipertandingkan.

“Saya mencadangkan beliau menjadi presiden seumur hidup dan kes mahkamah ditangguhkan sehingga 5 tahun supaya beliau boleh mentadbir negara dengan aman dan damai,” katanya.

Shahidan menyatakan demikian sebagai mengulas keputusan dicapai pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) semalam, yang menolak saranan agar dua jawatan tertinggi dipertandingkan.

PAU 2022 semalam sekitar jam 4.45 petang meluluskan usul tambahan dibawa perwakilan Negeri Sembilan, Mond Shukri Shamsudin agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dibuka untuk pertandingan.

Keputusan berkenaan bagaimanapun menerima reaksi berbeza daripada perwakilan, dengan segelintir menyifatkan ia sebagai membunuh amalan demokrasi.

Sejumlah besar ahli akar umbi pula menganggap ia adalah keputusan terbaik dalam mengukuhkan kembali parti, selepas menempuh pengalaman buruk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), November lalu.

Shahidan yang dipecat daripada UMNO kerana bertanding di bawah tiket parti lawan pada PRU-15 turut mengucapkan takziah kepada semua perwakilan atas kegagalan mereka menolak usul tambahan tersebut.

“TAKZIAH buat perwakilan yang telah kalah dalam usul tambahan.

“Sekalung TAHNIAH kerana berjaya membawa "Perwakilan Import" yang dibawa masuk untuk kali yang ketiga.

Jangan bimbang! Jumpa saya di Parlimen tanpa tolak ansur,” katanya.

Sementara itu, mantan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang terkenal dengan analogi bersifat sinikal pula turut tidak ketinggalan memuat naik hantaran berbaur sindiran di Facebook.

Meskipun menggunakan keputusan perlawanan bola sepak Liga Inggeris sebagai topik, hantaran terbabit disifatkan mengandungi mesej tersurat dan tersirat.

“Selamat Malam...tiburon nyenyak

“Menang berlawan, bukan menang percuma...ha ha. Anak Jantan!” katanya.

Ungkapan berkenaan dipercayai merujuk kepada kemenangan percuma diraih Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan. - Getaran, 15 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tilawah Al-Quran: MCMC Panggil 4 Pemilik Akaun Facebook

3

Luar Negara 6 bulan yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Zahir Ucapan Selamat Hari ATM Ke-90, Semoga Terus Disegani, Dihormati

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 5 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'