web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


20 Pejabat Pengeluar Pasport Beroperasi Pada Sabtu, Ahad Mulai 28 Januari

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 7:00AM

Saifuddin Nasution Ismail - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Sebanyak 20 Pejabat Pengeluar Pasport Jabatan Imigresen (JIM) terpilih akan beroperasi pada Sabtu dan Ahad mulai 28 Januari ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata pejabat terbabit akan beroperasi dari 8 pagi hingga 12.30 tengah hari bagi mengatasi isu kesesakan ekoran peningkatan permohonan dan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA).

Pejabat terlibat ialah Menara Ikhlas di Putrajaya; Jalan Duta dan Wangsa Maju di Kuala Lumpur; Shah Alam, Kelana Jaya, Kajang, Puchong, Pelabuhan Klang, Kuala Selangor dan Kuala Kubu Baru di Selangor; Setia Tropika, Kulai, Muar, Kluang dan Batu Pahat di Johor; Melaka; Taiping dan Teluk Intan di Perak; Seberang Jaya di Pulau Pinang serta Kulim di Kedah.

“Semua pejabat ini akan terus beroperasi hingga isu kesesakan terkawal. Ini komitmen kita. Inisiatif ini adalah langkah munasabah dan inovatif,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pejabat Pengeluar Pasport JIM Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Saifuddin Nasution turut mengumumkan pelanjutan waktu operasi pejabat JIM di Pusat Transformasi Bandar (UTC) hingga 7 malam pada hari biasa dan 5 petang pada Sabtu dan Ahad kecuali di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dibuka pada Jumaat dan Sabtu.

Beliau berkata pembukaan semula sempadan negara pada 1 April 2022 menyaksikan peningkatan pengeluaran pasport sebanyak 25 peratus iaitu 2.58 juta pada 2022 berbanding 2.01 juta pada 2019.

“Untuk tahun ini hingga 17 Januari, JIM telah mengeluarkan sebanyak 156,711 pasport,” katanya.

Mengenai pembukaan Pejabat Pengeluar Pasport JIM KLIA, Saifuddin Nasution berkata pejabat terbabit akan memanfaatkan lebih 3.4 juta penduduk setempat termasuk penduduk di Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan.

Beliau berkata sehingga kini, pejabat berkenaan yang beroperasi secara percubaan pada 16 Disember lepas telah mengeluarkan 182 pasport.

“JIM akan terus memantau sambutan terhadap pejabat ini sebelum merancang untuk membuka pejabat sama di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Sabah pada masa akan datang,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Keluarkan Pasport Tempoh Laku Sah 10 Tahun 

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Warga Israel Menceroboh: Polis Akan Ambil Tindakan Ke Atas Beberapa Individu - Saifuddin

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Na'imah Gagal Dapatkan Pasport Secara Kekal

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka