web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bekalan Ayam, Telur Kembali Normal Bulan Ini - Mohamad

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 3:19PM

Jaminan tersebut disuarakan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menerusi pertemuan bersama wakil kementerian di sini, Khamis lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bekalan ayam dan telur untuk pasaran tempatan dijamin kembali normal bermula bulan ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, jaminan tersebut disuarakan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menerusi pertemuan bersama wakil kementerian di sini, Khamis lalu.

Menurut beliau, FLFAM yang diketuai Presidennya, Tan Chee Hee menerusi pertemuan itu turut membangkitkan beberapa isu yang kerap melanda golongan penternak.

“Pertemuan ini bertujuan bagi membincangkan memorandum FLFAM berkaitan isu-isu yang menjejaskan kemampanan dan daya saing industri unggas khususnya ayam daging dan telur.

“Antara perkara dibangkitkan ialah harga kawalan dalam tempoh yang panjang menyebabkan penternak berhadapan kerugian kerana kos pengeluaran terus meningkat,” katanya hari ini.

Mohamad berkata, mereka turut membangkitkan keperluan untuk meningkatkan produktiviti melalui penternakan secara sistem tertutup.

“Pertemuan yang turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Lokman Hakim Ali dan pegawai kanan kementerian itu tidak ketinggalan menyentuh isu aliran tunai di kalangan penternak.

“Juga dibincangkan ialah jangkaan bekalan ayam dan telur serta kos pengeluaran,” katanya.

FLFAM jelas beliau, telah menyatakan komitmen dan jaminan ini dalam siaran media FLFAM semalam.

“FLFAM turut menzahirkan penghargaan mereka kepada kerajaan atas usaha dan sokongan dalam mencari penyelesaian yang seimbang tentang masalah dihadapi pengguna dan industri di Malaysia, berikutan pelbagai cabaran dalam proses rantaian bekalan makanan di seluruh dunia.

“MAFS akan terus komited mengadakan libat urus bersama pemain industri bagi memastikan industri ayam dan telur terus mampan bagi menjamin bekalan makanan sentiasa mencukupi untuk keperluan rakyat,” katanya. - Getaran, 21 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

El Nino: Tanaman, Sumber Bekalan Makanan Tempatan Tidak Terjejas - Mohamad

2

Politik 9 bulan yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

3

Semasa 9 bulan yang lalu

2 PPS Ditutup, Banjir Di Johor Pulih Sepenuhnya

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 7 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka