web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penguatkuasaan LG Di Pelabuhan Tindakan Tak Logik, Hanya Bebankan Ejen Dan Pelaut

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 8:28PM

Arahan berkenaan juga dianggap renyah dan menyukarkan proses berlabuh apabila perlu melibatkan Pesuruhjaya Sumpah. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Langkah Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menguatkuasakan surat pengesahan vesel di pelabuhan (LG) disifatkan sebagai satu tindakan yang tidak logik.

Ketua Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd, Datuk Seri R Jeyendran berkata, penguatkuasaan surat tersebut bukan sahaja membebankan pemilik syarikat perkapalan, bahkan turut menyusahkan golongan pelaut.

Menurut beliau, arahan berkenaan juga dianggap renyah dan menyukarkan proses berlabuh apabila perlu melibatkan Pesuruhjaya Sumpah.

“Menerusi arahan itu, ejen boleh membuat permohonan LG di pelabuhan, sebaik sahaja ketibaan kapal dilaporkan kepada pihak JIM. 

“Mereka juga perlu mendapatkan akuan Pesuruhjaya Sumpah untuk salinan pasport dan buku pelaut setiap kru kapal,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Jeyendran berkata, adalah amat melecehkan apabila ejen terpaksa ‘berkejar’ mendapatkan akuan Pesuruhjaya Sumpah setiap kali kapal hendak berlabuh.

“Bagaimana akuan Pesuruhjaya Sumpah itu akan diperoleh? Apakah memadai dengan salinan pasport dan buku pelaut semata-mata? Tidakkah JIM lupa bahawa Pesuruhjaya Sumpah bukan individu yang bertanggungjawab membuat pengesahan pasport? Arahan ini sangat tidak logik,” tegasnya.

R Jeyendran - Gambar fail
R Jeyendran - Gambar fail

Beliau turut mempersoalkan,  bagaimana pengesahan boleh dibuat Pesuruhjaya Sumpah tanpa kehadiran pelaut berkaitan. 

“Bagaimana ia (pengesahan) hendak dilakukan? Adakah undang-undang baharu ini masuk akal? Tidak sama sekali!” katanya, kesal.

Jelas Jeyendran, beliau tidak bermaksud menuding jari kepada sesiapa, namun katanya, pelaksanaan undang-undang yang memiliki banyak kelompongan hanya akan menjejaskan nama baik JIM sendiri.

“Saya faham JIM hanya mahu meningkatkan aspek keselamatan sektor maritim, namun percayalah, bukan ini caranya.

“Undang-undang seperti itu hanya boleh digunapakai dengan kehadiran pelaut sendiri bersama pasport masing-masing, bukan menghantar salinan dokumen berkenaan kepada Pesuruhjaya Sumpah.

Mengulas lanjut Jeyendran berkata, tempoh 72 jam yang diperuntukkan sebelum ini sudah cukup memadai kerana ia membolehkan kru kapal mematuhi prosedur sepatutnya.

“Sebagai ejen kapal dengan pengalaman lebih 30 tahun, saya tidak pernah ada sebarang masalah dengan peraturan sebelum ini.

“Kalau pengesahan ke atas salinan pasport itu dilakukan oleh JIM sendiri, tak jadi masalah kerana itulah yang sepatutnya. Tak perlu libatkan Pesuruhjaya Sumpah. Tak logik,” katanya. - Getaran, 21 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

2

Ekonomi 8 bulan yang lalu

KLIP: Anjakan Paradigma Untuk Melaka Muncul Hab Penting Perdagangan Global

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Rumah Kedai Diserbu, 21 Lelaki Bangladesh Mangsa Pemerdagangan Orang Diselamatkan

4

TARA 9 bulan yang lalu

Skrin Televisyen Pintar Daripada LG Ini Berbaloi Dimiliki

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 5 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini