web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sweden Perlu Ambil Tindakan Segera Pada Paludan, Laksana Langkah Drastik Tangani Islamofobia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2023 8:49PM

Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Sweden perlu mengambil tindakan segera ke atas Paludan, selain memastikan pelaksanaan langkah drastik dalam menangani peningkatan kes Islamofobia - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk keras perbuatan berunsur Islamofobia dilakukan ahli politik berhaluan paling kanan, Rasmus Paludan yang membakar naskhah Al Quran di Stockholm, Sweden semalam.

Dalam gesaannya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Sweden perlu mengambil tindakan segera ke atas Paludan, selain memastikan pelaksanaan langkah drastik dalam menangani peningkatan kes Islamofobia.

Menurut beliau, perbuatan Paludan adalah satu penghinaan yang amat jelas terhadap kitab suci Al Quran.

“Kegagalan pihak berkuasa Sweden untuk bertindak dianggap sebagai sengaja mencetuskan Islamofobia.

“Ia adalah provokasi melampau bukan sahaja terhadap Turkiye, tetapi juga ke atas lebih dua bilion penduduk Islam seluruh dunia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan Paludan yang menerima permit daripada kerajaan Sweden untuk membakar naskhah Al Quran di hadapan bangunan kedutaan Turkiye, semalam.

Paludan, pemimpin dari parti Denmark Hard Line bertindak demikian ketika menyertai bantahan bersama-sama 100 yang lain.

Ia dipercayai lanjutan daripada tindakan Ankara menyekat usaha Sweden untuk menyertai pakatan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Mengulas lanjut Perdana Menteri berkata, Malaysia mengecam sebarang jenayah kebencian yang mensasarkan umat Islam, dan apa sahaja unsur perkauman, baik secara lisan atau fizikal.

“Kami amat bimbang dengan peningkatan jenayah berunsur kebencian yang menjadikan kepercayaan atau kaum tertentu sebagai sasaran.

“Malaysia berpegang kepada pendirian bahawa sebarang pertelingkahan harus diselesaikan menerusi perbincangan atau dialog, dan kami menggesa komuniti antarabangsa menolak segala bentuk elemen perkauman serta penghinaan ke atas mana-mana agama yang berselindung di sebalik kebebasan bersuara,” katanya. - Getaran, 22 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

3

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

4

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global