web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peruntukan Bukti Komitmen Kerajaan, Tapi Tingkatkan Juga Keselamatan Perairan Negara 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 8:56PM

Norazlinah Arif berkata usaha mewartakan Sabah dan Sarawak sebagai wilayah juga menguatkan lagi persepsi dan sokongan rakyat di kedua-dua negeri terhadap ideologi pentadbiran Malaysia Madani. - Gambar dari Wikipedia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUNAK - Peruntukan RM1 bilion yang diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bukti bahawa pembangunan Sabah dan Sarawak tidak pernah dipinggirkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif berkata, peruntukan bagi menaik taraf prasarana di sempadan kedua-dua negeri itu mencerminkan usaha kerajaan dalam memastikan semua rakyat menerima akses setara dan seimbang, dari aspek ekonomi serta sosial.

Menurut beliau, usaha mewartakan Sabah dan Sarawak sebagai wilayah juga menguatkan lagi persepsi dan sokongan rakyat di kedua-dua negeri terhadap ideologi pentadbiran Malaysia Madani.

"Peruntukan RM1 billion ini merupakan langkah awal yang tepat dan dijangka memberi implikasi positif kepada perkembangan ekonomi serta sosial masyarakat kedua-dua negeri pada masa yang singkat.

“Pada masa sama, usaha itu dapat memperkukuh keselamatan rakyat di kawasan sepanjang sempadan Malaysia dan Kalimantan yang bakal menjadi ibu negara baharu Indonesia," katanya kepada Getaran.

Norazlinah Arif - Gambar dari Borneo Today
Norazlinah Arif - Gambar dari Borneo Today

Norazlinah yang juga Ketua Wanita WARISAN berkata, keselamatan di sempadan bagaimanapun kekal menjadi antara isu yang menimbulkan kekhuatiran rakyat.

Situasi itu jelasnya, diburukkan dengan beberapa siri pencerobohan di perairan Laut China Selatan, khususnya oleh pasukan tentera dan maritim China.

“Pembangunan pusat pentadbiran baharu Indonesia di Kalimantan itu walaupun bakal merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat, ia juga mendedahkan negara kepada pelbagai ancaman.

“Penyeludupan, pemerdagangan manusia dan ancaman lain juga terbuka luas, sekali gus memberi kesan negatif kepada komuniti setempat,” katanyq.

Atas faktor ini katanya, kerajaan harus memberi lebih banyak tumpuan kepada aspek keselamatan di perairan Sabah dan Sarawak.

“Kapal perang China dilaporkan memasuki perairan negara lebih 89 kali, tetapi masih tiada kawalan dan tindakan proaktif daripada Kementerian Pertahanan atau Kementerian Luar.

"Ini memberikan kesan negatif kepada industri minyak mentah dan gas, industri perikanan serta industri pelancongan di Sabah dan Sarawak.

"Bukan sekali dua kapal Pengawal Pantai China bertindak mencerobohi kawasan Zon Eksklusif Ekonomi (EEZ) di Sabah dan mengancam operasi cari gali minyak serta gas oleh PETRONAS di kawasan itu," tegasnya.

Katanya, siri pencerobohan China itu dapat dilihat daripada banyak laporan media dalam dan luar negara termasuk laporan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). 

“Kami penduduk di Sabah dan Sarawak amat berharap kerajaan perpaduan dapat meningkatkan komitmen terhadap tahap keselamatan ini.

“Kami tidak mahu terus hidup dalam kebimbangan,” rayunya. - Getaran, 25 Januari 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 5 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini