web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buat 3 Kesalahan Serentak, Pemuda Direman 3 Hari 

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 6:28PM

Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG - Gara-gara berkelakuan tidak senonoh di balai polis dan membuat laporan palsu, seorang pemuda direman tiga hari sehingga Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek turut dikesan menyimpan beberapa video lucah di telefon bimbitnya, iaitu satu kesalahan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, pemuda berusia 29 tahun itu terlebih dahulu membuat laporan polis palsu sekitar jam 5.42 petang semalam, dengan mendakwa dirinya diragut sewaktu berada di parkir kereta di Jalan Pandan Indah, di sini.

“Suspek mendakwa dia didatangi seorang lelaki bermotosikal yang meragut dompet miliknya.

“Dompet itu menurut suspek, mengandungi wang tunai sekitar RM250, kad pengenalan, kad bank dan kad kerja,” katanya hari ini.

Mohamad Farouk berkata, suspek tiba-tiba telah meninggikan suara sewaktu keterangannya dirakam Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) pada jam 5.54 petang.

“Suspek turut membaling kerusi diduduki ke arah pintu pejabat pegawai berkenaan, sebelum menjerit.

“Pemeriksaan ke atas telefon bimbit suspek mendapati galeri peranti berkenaan mengandungi beberapa video lucah,” katanya.

Beliau memberitahu, suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah, malah saringan air kencing yang dilakukan ke atasnya juga menghasilkan keputusan negatif.

“Untuk kesalahan pertama iaitu berkelakuan tidak senonoh di balai polis, dia disiasat di bawah Seksyen 90 Akta Polis 1967.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM500 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua duanya,” katanya.

Suspek juga jelas Mohamad Farouk, turut disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu dan jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

“Siasatan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah pula boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya. - Getaran, 30 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 7 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'