web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Thaipusam: 2 Juta Pengunjung Dijangka Banjiri Batu Caves, Jalan Ditutup

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 9:25PM

Dijangka berlaku kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan Batu Caves pada hari ini hingga 6 Februari - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua juta penganut agama Hindu dan pengunjung dijangka membanjiri Batu Caves, di sini sempena perayaan Thaipusam yang bakal disambut pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata dijangka berlaku kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan berkenaan pada hari ini hingga 6 Februari.

Beliau berkata perarakan Thaipusam akan bermula dari Jalan Tun H.S Lee, di sini pada 10 malam esok dan dijangka tiba di Batu Caves pada 3 petang Sabtu ini.

Menurutnya tujuh jalan di sekitar Batu Caves juga akan mula ditutup pada tengah malam ini hingga 8 Februari.

“Tujuh jalan yang ditutup adalah dari lampu isyarat Kampung Melayu Batu Caves, susur dari arah MRR2 ke Kuil Batu Caves, Jalan Batu Caves Lama ke pintu utama Kuil Batu Caves, simpang tiga lampu isyarat hadapan stesen minyak Shell, Batu Caves,” katanya dalam sidang media di Dewan Martek, di sini hari ini.

Selain itu, simpang tiga Jalan SBC 8/ Jalan Lama Batu Caves, susur MRR2 dari Sri Gombak menghala susur Jalan Perusahaan Batu Caves dan Jalan Perusahaan menghala ke Kuil Batu Caves.

Zainal Mohamed berkata penutupan jalan di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak  itu adalah untuk memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang Thaipusam berlangsung.

“Laluan alternatif yang dicadangkan polis akan di kemas kini melalui platform media sosial Facebook IPD Gombak. Pengguna jalan raya dinasihatkan agar menggunakan jalan alternatif dan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai dalam kenyataan hari ini berkata pergerakan membawa pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S Lee ke Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves akan bermula 10 malam esok.

Beh berkata beberapa jalan turut dilencongkan pada Sabtu ini bermula 4 pagi hingga 10 pagi melibatkan Jalan Sultan Azlan Shah (kedua-dua hala) dari persimpangan lampu isyarat IPD Sentul ke lampu isyarat Jalan Perhentian.

Selain itu, pada 6 Februari bermula 6 petang hingga 12 tengah malam melibatkan Jalan Sultan Azlan Shah (kedua-dua hala) dari lampu isyarat Jalan Perhentian ke persimpangan lampu isyarat IPD Sentul.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan agar merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif untuk mengelakkan daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas semasa penutupan dan lencongan jalan dilaksanakan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

JMG Belum Terima Permohonan Ulasan Teknikal Restoran Dalam Gua Batu Kapur

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Kerajaan Akan Bantu Jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy Dalam Aspek Pembangunan - Gobind

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Wanita Warga Asing Ditahan Cuba Ragut Rantai Leher Pengunjung Kuil Batu Caves

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Menyambut Thaipusam

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global