web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Siasatan Ke Atas Muhyiddin, BERSATU Kifarah Allah - Nur Jazlan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Feb 2023 8:10PM

Nur Jazlan Mohamed - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Siasatan ke atas BERSATU oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan sebagai kifarah terhadap presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, itu adalah gambaran paling tepat untuk Muhyiddin, yang telah banyak melakukan penganiayaan terhadap UMNO.

Menurut beliau, bekas Perdana Menteri itu telah banyak melakukan kezaliman terhadap barisan pemimpin UMNO ketika berkuasa.

“Akibat siasatan itu, SPRM telah membekukan akaun BERSATU bagi tujuan siasatan sehingga buatkan Muhyiddin dan geng BERSATU mengelupur dan meroyan. Mulalah menyalahkan SPRM kononnya dipergunakan sebagai alat politik oleh orang lain.

“Muhyiddin sudah lupa ke? Masa akaun UMNO dibekukan pada 2019 dulu dek permainan politik jahat dia dan (Tun Dr) Mahathir (Mohamad), boleh pula dia sokong tindakan SPRM itu. Padahal orang UMNO ketika itu pun tak ada nak menyalahkan SPRM,” katanya sinis.

Nur Jazlan menyatakan demikian menerusi hantaran di Facebook hari ini sebagai mengulas kenyataan dibuat Muhyiddin, kononnya dakwaan penyelwengan dana kerajaan berjumlah RM92.5 bilion adalah fitnah yang sengaja direka bagi mencemarkan nama baiknya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dalam satu hantaran di Facebook semalam mendakwa, tuduhan bahawa beliau terlibat dalam 

pemberian kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada syarikat IRIS Corporation Berhad adalah fitnah yang sengaja direka.

Dakwanya, ia adalah sebahagian daripada siri tohmahan yang sengaja direka kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Nur Jazlan yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, Muhyiddin jelas sudah lupa dengan kewujudan hukum karma atau kifarah.

Katanya, Ahli Parlimen Pagoh itu pada 2018 begitu agresif membuli dan menganiaya UMNO, malah turut terlibat menyerang beberapa pemimpin parti berkenaan dengan pertuduhan politik, khususnya jika individu terbabit enggan mengikut telunjuk Dr Mahathir

“Bila kena batang hidung sendiri mulalah melalak. Tuduh macam-macam kepada orang lain kononnya pembunuhan karekter atas BERSATU lah, nak halang PN menang dalam PRN (Pilihan Raya Negeri) nanti lah dan kononnya siasatan dibuat atas kepentingan politik lah.

“Muhyiddin dan BERSATU bukan setakat buat pembunuhan karekter ke atas parti UMNO dan BN saja tapi turut buat serangan peribadi ke atas pemimpin-pemimpin UMNO. Lihatlah sendiri bagaimana (Datuk Seri) Najib (Razak), (Datuk Seri Ahmad) Zahid (Hamidi), (Datuk Seri) Shahrir (Samad), (Datuk Seri) Ahmad Maslan dan (Datuk Seri) Tengku Adnan (Tengku Mansor) dimalukan, dihina serta dianiaya. Mereka dicop sebagai Kluster Mahkamah dan masih terima tohmahan sehingga sekarang ini,” tegasnya.

Beliau menarik perhatian, segala perbuatan jahat Muhyiddin terbongkar akhirnya, sekali gus membuktikan bahawa pembalasan Allah SWT itu sememangnya wujud.

“Hari ini Allah nak tunjuk kepada Muhyiddin bahawa orang zalim akan dan orang yang khianati orang lain untuk tujuan nafsu akan terima balasannya. Segala perbuatan keji dan jijik Muhyiddin, Mahathir dan BERSATU kini berbalik semula kepada mereka. 

“Muhyiddin tuduh UMNO menyeleweng, makan duit rakyat, makan rasuah dan menyamun; kini dia dan partinya pula sedang disiasat atas kes yang sama. Malah jumlahnya lebih berpuluh-puluh bilion dan berlipat kali ganda lagi daripada tuduhan ke atas UMNO,” katanya. - Getaran, 11 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 7 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka