web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Kebocoran Gas Amonia Di Kilang Ramly Burger, Hanya Kerja Penyelenggaraan - Bomba

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 9:46AM

Pelepasan gas amonia di injap saluran gas telah berlaku semasa kerja pembersihan oleh pihak penyelenggaraan di dalam bilik kompresor - Gambar Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada kebocoran gas amonia berlaku di Kilang Ramly Burger di Taman Perindustrian IKS MK Batu, di sini, malam ini, sebaliknya ia hanyalah kerja penyelenggaraan di injap saluran gas tersebut di kilang berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata berlaku pelepasan gas amonia di injap saluran gas, semasa kerja pembersihan oleh pihak penyelenggaraan di dalam bilik kompresor.

“Sebenarnya itu bukan kebocoran gas amonia, sebaliknya ia kerja penyelenggaraan di mana mereka keluarkan gas itu daripada injap. Apabila tekanan tinggi sangat, mereka akan lepaskan gas berkenaan.

"Tapi disebabkan itu gas amonia, mereka mungkin bimbang dan telah menghubungi pihak bomba pada pukul 8.23 malam tadi,” katanya kepada Bernama malam ini.

Jurucakap itu memaklumkan bertindak atas laporan, dua buah jentera dengan kekuatan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak Selatan dan Jalan Tun Razak, telah digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati injap saluran gas telah ditutup oleh pihak kilang dan tiada lagi kebocoran lain berlaku. Premis kilang dihentikan kira-kira dua jam untuk pasukan Hazmat melakukan pemeriksaan udara.

“Bacaan amonia oleh pasukan Hazmat adalah 0 ppm (bahagian per juta). Keadaan di kilang terkawal dan tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Op Gempur Raya: 39 Kompaun Dikeluarkan Terhadap Kilang Seluruh Negara

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Keselamatan, Kerahsiaan Maklumat PADU Terjamin Daripada Kebocoran

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Khidmat Funikular Bukit Bendera Ditutup 5 Hingga 11 Jun

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 12 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang