web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Saya Bukan Suspek, SPRM Hanya Panggil Untuk Keterangan - Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 2:42PM

Muhyiddin Yassin - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Saya bukan suspek dalam kes dana RM300 juta yang dikatakan diterima BERSATU,” kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menegaskan, perkara tersebut disahkan sendiri oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sewaktu beliau hadir memberi keterangan di Putrajaya.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU berkata, beliau dipanggil memberikan keterangan dan memberi kerjasama yang sewajarnya agar proses berkenaan berjalan lancar.

“Satu, saya telah dipanggil beberapa hari lepas oleh SPRM untuk beri statement (kenyataan) berkenaan dengan perkara berkaitan, terutamanya projek Jana Wibawa.

“Jana Wibawa ialah satu projek Kementerian Kewangan (MoF) yang dicadangkan oleh Menteri Kewangan waktu itu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kepada saya,” katanya kepada media ketika ditemui selepas pelancaran kempen derma darah sempena ulang tahun yang ke-20 Tan Sri Muhyiddin Charity Golf Foundation di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas kehadirannya di ibu pejabat SPRM, selepas didakwa terlibat dalam kes dana politik berjumlah RM300 juta.

Mengulas lanjut, mantan Perdana Menteri itu berkata, beliau selaku Perdana Menteri bersetuju dengan cadangan diutarakan Tengku Zafrul, selepas mengambil kira kesukaran dialami kontraktor Bumiputera.

“Yang saya setuju ialah kerana waktu COVID-19 itu, antara yang paling teruk terkesan ialah kontraktor Bumiputera. Kalau tak dibantu, sebahagian besar dah gulung tikar.

“Maka idea itu datang daripada Tengku Zafrul kepada saya dan saya setuju dan dibawa kepada Kabinet. Kabinet luluskan,” katanya.

Muhyiddin Yassin berkata beliau telah dipanggil beberapa hari lepas oleh SPRM untuk beri 'statement' (kenyataan) berkenaan dengan perkara berkaitan, terutamanya projek Jana Wibawa - Gambar Fail
Muhyiddin Yassin berkata beliau telah dipanggil beberapa hari lepas oleh SPRM untuk beri 'statement' (kenyataan) berkenaan dengan perkara berkaitan, terutamanya projek Jana Wibawa - Gambar Fail

Beliau memberitahu, kesemua 54 nama syarikat terbabit telah diperinci dan diperhalusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), yang menyenaraikan hanya kontraktor bertaraf tiga hingga lima bintang.

“Lebih kurang 54 syarikat (semuanya). Peraturan ditetapkan oleh MoF. Yang mempunyai kuasa penentu dan memilih ialah MoF (manakala) kennenterian (lain) yang terlibat dengan projek itu menilai dan menghalusi.

“Proses meluluskan tidak melibatkan Jabatan Perdana Menteri (PMO) dan Perdana Menteri. Punca kuasa ialah MoF. Jadi di sini yang ada terlibat di peringkat Pejabat Perdana Menteri cuma menyalurkan nama-nama,” tegasnya.

Muhyiddin menarik perhatian, beliau dilayan dengan baik oleh pegawai SPRM sewaktu sesi memberi keterangan itu, malah tidak diasak dengan pelbagai desakan.

“Mereka pun agak berlembut, tidak ada desakan. Saya fikir mereka sudah tahu. Saya tanya (sama ada) mungkin saya akan dituduh, mereka hanya minta saya menjelaskan hal-hal yang ditanya.

"Saya menjelaskan juga apabila ditanya, kenal atau tidak kontraktor (dipilih). Saya kata tidak kenal, (malah) tak pernah berjumpa pun dengan mereka. Nama syarikat pun saya tidak tahu,” katanya.

Muhyiddin memberitahu, kesemua 54 nama syarikat terbabit telah diperinci dan diperhalusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) - Gambar Hiasan
Muhyiddin memberitahu, kesemua 54 nama syarikat terbabit telah diperinci dan diperhalusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) - Gambar Hiasan

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, BERSATU baru-baru ini telah membuat laporan polis susulan pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap parti itu yang jelas berniat jahat.

“Baru-baru ini parti dah buat laporan polis, untuk buktikan kita di pihak yang benar

My lawyers are looking at legal action as well (peguam saya juga sedang meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang). Kita tak akan berhenti setakat itu,” katanya.

Beliau dengan tegas turut menafikan terbabit menerima sebarang imbuhan berkaitan pemberian vaksin COVID-19.

“Wallahi saya tak terima satu sen pun sebab vaksin diuruskan pihak Kementerian Kesihatan.

“Tak berhenti fitnah terhadap saya. Itu satu tuduhan serius. Saya tau ini muslihat politik supaya orang marah kepada saya, (anggap saya) perompak, penipu dan salah guna duit rakyat,” tegasnya. - Getaran, 18 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 5 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad