web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jumpa Al-Quran Dalam Longkang, Polis Rakam Percakapan 8 Individu

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 5:36PM

Datuk Azmi Abu Kassim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sudah merakam keterangan lapan individu bagi membantu siasatan penemuan 13 naskhah Al-Quran yang dibuang di dalam longkang, berhampiran Tasik Sri Murni, Jinjang, di sini, Sabtu lalu.

Kesemua lapan individu terbabit terdiri daripada saksi di lokasi kejadian, termasuk yang membuat rakaman video sebelum ia tular di media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, keterangan mereka adalah penting bagi membolehkan polis mengesan suspek yang bertanggungjawab.

“Pihak polis juga melakukan siasatan di masjid serta surau berhampiran bagi mengenal pasti jika Al-Quran tersebut milik rumah ibadah berkenaan,” katanya hari ini.

Menurut beliau, pihaknya turut melakukan pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

“Kesemua 13 naskhah Al-Quran itu juga dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa,” katanya.

Ahad lalu, media melaporkan polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita berusia 52 tahun.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai dilaporkan berkata, satu klip video mengenai penemuan tersebut tular di platform media sosial TikTok.

Wanita yang menemui Al-Quran tersebut ketika itu sedang beriadah bersama suaminya, sebelum ternampak sebuah beg berwarna biru di dalam longkang berdekatan dengan kolam takungan air.

Dia kemudian meminta bantuan daripada seorang lelaki yang berada berdekatan untuk membawa naik beg terbabit.

Kesemua naskhah al-Quran berkenaan dibawa ke Masjid Annas, Kampung Selayang Lama sebelum laporan polis dibuat. - Getaran, 21 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Mushaf Al Huffaz Bantu Golongan Hafiz Menghafaz Dengan Sistematik

2

7 bulan yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Lelaki Ditahan Lempar, Koyak Al-Quran

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Dikhuatiri Jatuh Dalam Longkang, Ibu Percaya Anak Masih Hidup

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 11 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 9 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'