web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Menu Rahmah: Speaker Buat Keputusan Esok Mengenai Kenyataan Ahli Parlimen Kapar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Feb 2023 7:00PM

Johari Abdul - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul akan membuat keputusan mengenai kenyataan dikeluarkan Ahli Parlimen Kapar Dr Halimah Ali, yang didakwa mengelirukan Dewan Rakyat berkaitan Menu Rahmah, esok.

Perkara itu dibangkitkan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) mengikut Peraturan Mesyuarat 36 (12), susulan kenyataan yang dibuat Halimah pada 14 Februari lepas ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Peraturan Mesyuarat 36 (12) menyatakan mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan Dewan, disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.

Dr Lee Wuen berkata beliau telah mengutuskan surat berserta hansard sebagai bukti, kepada pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk merujuk Halimah ke jawatankuasa berkenaan.

“Beliau (Dr Halimah) telah mengeluarkan kenyataan bahawa Menu Rahmah boleh mengakibatkan beberapa penyakit terutamanya kanser, autoimmune (diseases) dan autisme.

“Kenyataan tersebut tidak benar, tidak bertanggungjawab kerana bukan sahaja tidak berdasarkan fakta dan sains tetapi lebih lagi ia mungkin mengakibatkan salah faham atau stigma kepada komuniti autisme dan juga masyarakat OKU (orang kurang upaya),” katanya.

Johari berkata beliau akan meneliti hansard terlebih dahulu, sebelum membuat keputusan berhubung perkara tersebut.

Dalam pada itu, Johari memaklumkan beliau akan membuat perkara sama berhubung isu dibangkitkan RSN Rayer (PH-Jelutong), mengenai kenyataan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) berkaitan Titah Diraja yang disifatkan menghina Majlis.

Rayer membangkitkan isu tersebut mengikut Peraturan Mesyuarat 36 (4), yang menyatakan adalah menjadi kesalahan bagi Ahli Dewan yang menggunakan bahasa kurang sopan (biadab) atau membuat pernyataan yang seksis.

“Dalam perbahasan, beliau telah menghina Majlis yang dalam fikiran saya menghina Yang di-Pertuan Agong, apabila menyatakan bahawa Titah Tuanku itu adalah sesuatu yang disediakan oleh kerajaan.

“Bagi saya ketika kita membahas itu adalah Titah Tuanku dan kita sepatutnya menjunjung kasih,” katanya.

Terdahulu, pada sesi perbahasan di sebelah pagi, sidang Dewan Rakyat kecoh apabila Tuan Ibrahim dan RSN Rayer bertikam lidah, susulan kenyataan Timbalan Presiden PAS itu bahawa teks Titah Diraja disediakan Kabinet. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Menu Rahmah Jadi Buruan, Bantu Rancakkan Perniagaan Kedai Makan

2

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Kos Sara Hidup Terus Jadi Tumpuan Kerajaan - Rafizi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

4,000 Mahasiswa Terima Manfaat, Hampir Semua Kafeteria UMT Laksana Menu Rahmah

4

TARA 1 tahun yang lalu

Menu Rahmah Satukan Semua, Tidak Kira Latar Belakang Ekonomi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 3 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi