web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kekecohan Isu Bikini, Alkohol Jadikan Malaysia Bukan Destinasi Pilihan Pelancong Muda

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Feb 2023 5:54PM

Willie Mongin berpendapat, tiada gunanya mahu melihat lebih ramai pelancong datang ke Malaysia apabila negara tidak mampu menyediakan persekitaran kondusif untuk mereka - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BARU - Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin berpendapat, tiada gunanya mahu melihat lebih ramai pelancong datang ke Malaysia apabila negara tidak mampu menyediakan persekitaran kondusif untuk mereka.

Semasa membahaskan ucapan penggulungan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan hari ini, beliau mengalu-alukan cadangan untuk melaksanakan lebih banyak inisiatif bagi menarik pengunjung ke negara ini, tetapi mengingatkan produk pelancongan Malaysia mungkin tidak mampu menarik pelancong muda.

“Jika kita pergi ke negara lain, kita mahu mempunyai pengalaman yang menyeronokkan. Tetapi (di Malaysia) apabila pelancong datang, (apabila) mereka mahu mandi di kolam renang sambil memakai bikini atau minum arak, timbul isu.

“Kita tidak boleh bersaing dengan negara lain apabila persekitaran pelancongan kita tidak kondusif,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau juga mengingatkan kementerian bahawa industri pelancongan terlalu bergantung pada tapak bersejarah dan aktiviti kebudayaan yang mungkin tidak menarik kepada pelancong muda.

Sementara itu, sebagai respons kepada perkara tersebut, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing (Bintulu-GPS) bersetuju dengan kebimbangan Willie, dengan memaklumkan beliau akan berunding bersana Ahli Parlimen Islam lain mengenai perkara itu.

King Sing berkata, Malaysia perlu belajar daripada negara Timur Tengah mengenai cara bagaimana untuk mempunyai pendekatan berfikiran terbuka terhadap sektor pelancongan.

“Di Arab Saudi, orang kata ia bukan negara terbuka, ia amat tertutup. Sekarang, anda boleh melakukan segala-galanya di sana, mereka sudah berfikiran terbuka.

“Kita tidak boleh menjadikan segala-galanya sebagai isu agama kerana kita adalah negara berbilang kaum dan kita perlu belajar bekerja sebagai satu keluarga,” katanya. – The Vibes, 23 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Rokok Putih, Minuman Keras Lebih RM13 Juta Dirampas

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Minta Rasuah Dari Pelancong: Polis Siasat Satu Lagi Kes Didakwa Di Langkawi

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Pembekuan Lesen Baharu Jualan Minuman Keras: Tiada Pemansuhan Dibuat - DBKL

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Malaysia Terima 26 Juta Pelancong Setakat November - MOTAC

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 6 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini