web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengharaman TikTok Oleh EU, Fahmi Minta CSM Nilai Semula Aspek Keselamatan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2023 5:40PM

Menurut Fahmi Fadzil, isu melibatkan rahsia rasmi atau rahsia besar kerajaan amat penting untuk difahami jelas, serentak dengan era kecanggihan teknologi tanpa sempadan - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cyber Sekuriti Malaysia (CSM) diminta menilai semula aspek keselamatan pada aplikasi TikTok, untuk memastikan ia tidak mengandungi sebarang unsur mencurigakan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ia susulan tindakan Kesatuan Eropah (EU) yang mengharamkan penggunaan aplikasi berkenaan dalam kalangan penjawat awam mereka.

Menurut beliau, isu melibatkan rahsia rasmi atau rahsia besar kerajaan amat penting untuk difahami jelas, serentak dengan era kecanggihan teknologi tanpa sempadan.

“Saya telah minta CSM melihat, apakah aspek keselamatan yang dicurigai oleh EU itu.

“Sekiranya perlu, ada beberapa pertimbangan yang (akan) dibuat oleh pihak kementerian dan kerajaan (bagi menangani perkara ini),” katanya kepada media ketika ditemui selepas pelancaran Pakej Perpaduan Internet Mudah Alih di PPR Desa Rejang di sini hari ini.

TikTok yang dimiliki syarikat ByteDance dari China sebelum ini didakwa terbabit mencuri data pengguna unuk disalurkan kepada kerajaan negara itu - Gambar Hiasan
TikTok yang dimiliki syarikat ByteDance dari China sebelum ini didakwa terbabit mencuri data pengguna unuk disalurkan kepada kerajaan negara itu - Gambar Hiasan

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan EU yang bertindak mengharamkan penggunaan TikTok pada semua peranti peribadi dan korporat milik penjawat awam mereka.

Ia adalah sebahagian daripada usaha blok berkenaan dalam melindungi keselamatan data dan meningkatkan tahap aspek keselamatan siber mereka.

TikTok yang dimiliki syarikat ByteDance dari China sebelum ini didakwa terbabit mencuri data pengguna untuk disalurkan kepada kerajaan negara itu.

Mengulas lebih lanjut, Fahmi berkata, peranan moderator TikTok di Malaysia juga mula menjadi pertikaian, termasuk di media sosial.

“Ada yang buat andaian moderator ini bias atau prejudis terhadap satu-satu parti.

“Saya telah berhubung dengan pihak TikTok Malaysia. Bagi saya tuduhan itu sangat berat kerana memberi gambaran, ada pihak menyusup masuk dalam moderator TikTok yang seramai 4,000 orang itu,” katanya.

Individu berkenaan jelasnya lagi, telah menjalankan operasi di sebalik tabir untuk mempromosi pihak tertentu.

“Dakwaan ini sangat serius. Saya jemput TikTok buat semakan (terhadap) aspek keselamatan moderator.

“Kita tak nak orang salah faham bahawa ada kekangan dalam bersuara, tapi kita mahu elak sebaran berbentuk fitnah atau membantu menyebarkan fitnah supaya TikTok tidak tercemar,” katanya. - Getaran, 28 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 7 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi