web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Iklan, Promosi Politik Dilarang Di TikTok Malaysia - Hafizin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 7:00AM

Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Segala bentuk pengiklanan yang berunsur politik dilarang untuk dimuat naik di aplikasi TikTok Malaysia.

Ketua Dasar Awam TikTok Malaysia, Hafizin Tajudin berkata, larangan tersebut adalah susulan kepada perubahan dasar berkait akaun kerajaan, ahli dan parti politik (GPPPA) yang dilaksanakan tahun lalu.

Serentak dengan itu menurut beliau, TikTok Malaysia tidak membenarkan penyiaran sebarang iklan berbayar yang mempromosi atau menentang calon, kerajaan, pemimpin, parti politik serta apa sahaja isu di peringkat Persekutuan, negeri dan komuniti setempat.

Beliau sekali gus menafikan dakwaan bahawa ada kalangan moderator aplikasi berkenaan, memiliki akses atau kebenaran ke atas sebarang bentuk kandungan berunsur promosi.

“Kami memiliki peraturan yang amat ketat untuk memastikan ideologi politik dimiliki petugas tidak akan mempengaruhi kualiti atau etika kerja masing-masing, termasuk apabila sedang menjalankan tugas sebagai moderator kandungan.

“Keputusan melibatkan kandungan TikTok adalah berdasarkan garis panduan ditetapkan, serta perlu melalui pelbagai peringkat semak dan imbang, termasuk dari aspek kualiti serta kesahihan fakta, demi menjamin kesaksamaan buat semua,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran.

Beliau menyatakan demikian sebagai reaksi terhadap laporan dimuat naik Getaran semalam, berhubung keputusan kerajaan untuk menilai semula aspek keselamatan di aplikasi TikTok.

Perkara itu diumumkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil ketika ditemui media selepas melancarkan Pakej Perpaduan Internet Mudah Alih, di sini, semalam.

Fahmi dalam reaksi terhadap keputusan Kesatuan Eropah (EU) melarang penggunaan TikTok dalam kalangan penjawat awam blok berkenaan berkata, beliau telah meminta Cyber Sekuriti Malaysia (CSM) menilai semula aspek keselamatan pada aplikasi TikTok, untuk memastikan ia tidak mengandungi sebarang unsur mencurigakan.

Katanya, isu melibatkan rahsia rasmi atau rahsia besar kerajaan amat penting untuk difahami dengan jelas, serentak dengan era kecanggihan teknologi tanpa sempadan.

Sementara itu, Hafizin ketika mengulas isu sama berkata, TikTok menggunakan kombinasi pelbagai dasar dan teknologi untuk menangani segala kandungan yang mencabuli garis panduan ditetapkan.

Katanya, semua kandungan akan dipantau, termasuk yang berunsur politik.

“Kandungan yang melanggar peraturan akan dipadamkan.

“Kami amat komited dalam memastikan misi mewujudkan komuniti yang positif dan selamat untuk pengguna dapat direalisasikan,” katanya. - Getaran, 1 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang