web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KPDN Pertimbang Semak Semula Kuota Import Minyak Masak, Telur Ayam

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 8:06AM

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mempertimbang langkah menyemak semula kuota import bagi minyak masak dan telur ayam - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mempertimbang langkah menyemak semula kuota import bagi minyak masak dan telur ayam.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata semakan semula itu mungkin perlu dilakukan bagi menangani isu kekurangan komoditi terbabit di pulau bebas cukai ini.

“Saya ambil maklum isu kekurangan bekalan telur, minyak masak, gula dan harga ayam lebih mahal seperti yang dibangkitkan oleh pengguna serta peniaga di sini.

“Kami boleh pertimbang untuk semak semula kuota import bagi telur ayam dan minyak masak dalam usaha membantu menyelesaikan isu kekurangan bekalan kedua-dua barangan keperluan ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Aduan Suri di Medan Selera Taman Kewangan di sini hari ini.

Beliau berkata isu harga barangan yang mahal di pulau ini perlu diselesaikan kerana ia boleh membawa kepada kos sara hidup tinggi yang tidak terkawal.

“Kami akan menyemak semula Program Penyeragaman Harga memandangkan harga barangan di pulau ini boleh diseragamkan seperti di bandar lain di Sabah… kami faham perbezaan harga antaranya adalah disebabkan oleh isu logistik.

“Sebagai contoh, harga bagi ayam standard di Semenanjung ialah RM9.40 sekilogram manakala di Labuan RM12.30 sekilogram,” katanya.

Mengulas mengenai inisiatif ‘Payung Rahmah’ bagi mengurangkan kos sara hidup untuk kumpulan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar, Fuziah berkata beliau menerima maklum balas yang memberangsangkan daripada pengguna mahupun peniaga.

“Setakat hari ini, kami telah mendaftarkan sejumlah 1,085 cawangan kedai makan di seluruh negara yang menawarkan Menu Rahmah termasuk 26 di Labuan,” katanya.

Beliau berkata KPDN juga akan melancarkan ‘Kafe Rahmah’ bagi meringankan beban pelajar di institusi pengajian tinggi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 6 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'