web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Filem Mentega Terbang Tiada Dalam Rekod Penapisan LPF

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 8:44PM

Filem itu juga didapati ditayangkan secara dalam talian (melalui platform internet). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan semakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) mendapati filem Mentega Terbang tiada dalam rekod penapisan pihak terbabit.

Jurucakap KDN berkata, filem itu juga didapati ditayangkan secara dalam talian (melalui platform internet).

Justeru, katanya, tayangan atau penstriman filem berkenaan ini adalah di luar bidang kuasa LPF.

“LPF mengambil maklum isu berbangkit bagi filem bertajuk "Mentega Terbang" yang mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat umum di Malaysia setelah ulasan awam bagi filem ini tular di dalam media sosial pada masa kini.

“Berdasarkan semakan, didapati bahawa filem tersebut tiada dalam rekod penapisan LPF. Ia juga didapati ditayangkan secara dalam talian. Oleh yang demikian, tayangan atau penstriman filem itu di luar bidang kuasa LPF,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, LPF sentiasa peka dan komited dalam memastikan unsur negatif termasuk elemen yang bertentangan dengan akidah Islam dapat dicegah daripada disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan atau diedarkan secara konvensional kepada masyarakat umum di negara ini.

Katanya, LPF sedang meneliti semua aspek berkaitan secara menyeluruh sebelum tindakan selanjutnya diambil berhubung filem itu.

“Sehubungan itu, tiada kelulusan LPF yang dikeluarkan ke atas filem "Mentega Terbang" untuk tujuan tayangan umum.

“Sekiranya masyarakat awam mendapati filem tersebut ditayangkan secara konvensional di mana-mana premis, aduan boleh disalurkan kepada Pejabat Penapisan Filem, KDN melalui e-mel ppf@moha.gov.my atau Sistem Pengurusan Aduan wam KDN di pautan https://moha.spab.gov.my/eApps/system/index.do,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, LPF melaksanakan tugas berdasarkan kepada Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620)yang menetapkan fungsi penapisan filem dan bahan publisiti filem yang disiarkan, dipamerkan, disebarkan, ditayangkan atau diedarkan secara fizikal (konvensional) kepada masyarakat umum di Malaysia, kecuali melalui internet.

Ujarnya lagi, dalam mengeluarkan sesuatu keputusan ke atas penapisan kandungan filem dan bahan publisiti filem, LPF akan meneliti dan memberikan perhatian khusus berpandukan kepada Garis Panduan Penapisan Filem KDN 2010

“Ia merangkumi aspek-aspek seperti keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosiobudaya, ketertiban dan ketatasusilaan,” katanya.

Terdahulu, filem Mentega Terbang  yang ditayangkan menerusi platform penstriman Viu mengundang kecaman dan kegusaran orang awam, berikutan karya itu didakwa mencabar akidah umat Islam.

Mentega Terbang merupakan filem Indie pertama yang ditayangkan di platform Viu bermula 19 Januari lalu.

Ia mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Aisyah yang mencari jawapan apa yang akan terjadi kepada seseorang setelah meninggal dunia.

Bagi mendapatkan jawapan tersebut, dia mengkaji beberapa agama seperti Islam, Kristian, Judaism, dan Hindu.

Terdahulu, filem itu pernah ditayangkan di Festival Filem Jogja-Netpac Indonesia pada 2021 serta Festival Filem Aceh, tahun lalu. - Getaran, 3 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Pindaan Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan Akan Diselesaikan Secepat Mungkin

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Cadangan Pindaan Perlembagaan Berkaitan Kewarganegaraan Dipersetujui Kabinet

4

7 bulan yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 13 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini