web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Pelaksanaan Dasar ‘Gaji Kehidupan Wajar’ - MTUC

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 7:07AM

MTUC menegaskan, sudah tiba masanya kerajaan beralih daripada menggunakan dasar gaji minimum kepada dasar yang lebih menjaga kehidupan pekerja - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan disarankan menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji pelaksanaan dasar ‘gaji kehidupan wajar’ untuk menggantikan dasar gaji minimum seperti yang diamalkan selama ini.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor menegaskan, sudah tiba masanya kerajaan beralih daripada menggunakan dasar gaji minimum kepada dasar yang lebih menjaga kehidupan pekerja.

Menyambut baik cadangan tersebut, beliau berkata, ‘gaji kehidupan wajar’ mesti mempunyai elemen seperti skala gaji yang meliputi gaji minimum dan maksimum serta  gaji berasaskan akademik, kemahiran dan pengalaman.

“Gaji minimum yang dilaksanakan adalah upah minimum yang patut dibayar kepada pekerja untuk kerja yang dilakukan dalam tempoh tertentu.

“Bagaimanapun, gaji kehidupan wajar adalah upah yang membolehkan pekerja berkemampuan menyediakan keperluan berkualiti bagi pembangunan diri dan keluarga,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar yang memaklumkan bahawa kerajaan sedang meneliti cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung pelaksanaan 'gaji kehidupan wajar' di negara ini.

Menurut beliau, berdasarkan laporan tahunan 2017, BNM menyarankan gaji kehidupan wajar individu bujang di bandar adalah RM2,700. 

Perbezaan gaji minimum dan gaji wajar sebanyak RM1,200 menyebabkan pekerja terpaksa membuat dua kerja dalam satu masa dan bekerja lebih masa.

Ketidakwajaran gaji kepada individu bujang menyebabkan mereka lebih berminat terhadap pekerjaan gig yang memberikan upah tinggi.

Mengulas lanjut, Kamarul Baharin berkata, jawatankuasa khas berkenaan boleh ditubuhkan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan BNM yang berjaya dalam kajian sehingga menghasilkan cadangan jumlah gaji kehidupan wajar. 

“MTUC yakin dan percaya kajian BNM adalah bersifat neutral bagi kemajuan dan kemakmuran negara. Malaysia tidak boleh lagi berada di belakang negara ASEAN lain,” katanya.

Mengulas berkaitan dasar gaji minimum, beliau berkata, dasar tersebut ada kelemahannya kerana golongan pekerja pertengahan yang sudah lama dalam industri tetapi tidak menerima sebarang kenaikan gaji sehingga menyamai gaji minimum. 

Jelasnya, MTUC sudah menerima banyak aduan berkaitan ketidakpuasan hati pekerja yang berada dalam pekerjaan melebihi tiga tahun. 

“Kerajaan memerlukan keazaman politik yang tinggi bagi melakukan reformasi gaji. MTUC akan bersama-sama dengan kepimpinan negara dalam menambah baik negara. 

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang sangat sensitif terhadap keadaan pekerja bawahan,” katanya. - Getaran, 5 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Tidak Semua Majikan Mampu Naikkan Gaji Minimum - Pakar Ekonomi

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRN: MTUC Cadang Cuti Khas Sabtu Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Cadangan Caruman Majikan Dinaikkan: Dakwaan Sejuta Pekerja PMKS Dijangka Diberhenti Hanya Andaian

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Pelarasan Gaji Pekerja Kontrak Sekolah, Hospital Diumum PM Legakan MTUC, Cadangan Kami…’

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 8 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global