web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terlalu Awal Untuk Hakimi Kerajaan Perpaduan Gagal - Fadillah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 7:56PM

Fadillah berkata Dr Mahathir sepatutnya berpolitik ke arah pembangunan negara dengan memberikan pandangan konstruktif dan bukan berbentuk negatif. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata adalah terlalu awal untuk mana-mana pihak menghakimi apa yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan dalam tempoh singkat ini sebagai ‘gagal.’

Beliau berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyifatkan Kerajaan Perpaduan sebagai gagal, sepatutnya berpolitik ke arah pembangunan negara dengan memberikan pandangan konstruktif dan bukan berbentuk negatif.

“Saya hormati Tun Dr Mahathir sebagai seorang yang telah banyak menyumbang kepada negara dan berharap beliau terus membantu kita.

“Sekarang rakyat Malaysia memerlukan kita bersatu padu, kita tidak mampu untuk berpolitik lagi, kalau terlalu banyak politik akan menyebabkan kita ketinggalan dari negara-negara lain dan di rantau Asia,” katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran dan minum petang bersama Persatuan Penduduk Kampung Datu Sibu di sini hari ini.

Fadillah berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang menyifatkan Kerajaan Perpaduan gagal membawa sebarang perubahan besar kepada rakyat selain menganggap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memberi apa-apa kesan untuk negara.

Menteri Perladangan dan Komoditi itu juga berkata ketika ini adalah masa untuk memulihkan ekonomi negara dengan menggalakkan lebih ramai  pelabur luar datang ke Malaysia.

“Jangan memberikan komen yang boleh menjejaskan negara kita dari sudut ekonomi serta pandangan dunia. Kini sudah banyak pelabur baharu datang ke negara kita disebabkan perpaduan dan kestabilan politik,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Amazon Web Services akan melabur sebanyak RM25.5 bilion bagi memperkukuh industri teknologi maklumat dan komunikasi serta menyokong perkembangan perniagaan perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad