web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembinaan Sekolah Baharu Dibuat Berdasarkan Input JPN - Fadhlina

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 11:47AM

Penyediaan kemudahan sekolah, bilangan dan kapasiti sekolah sedia ada yang berhampiran serta kepadatan penduduk di kawasan sekitar merupakan antara kriteria yang diperhalusi dalam pembinaan sekolah baharu. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa berusaha secara berterusan dalam memastikan penyediaan kemudahan sekolah adalah mencukupi bagi keperluan masyarakat setempat.

Menterinya, Fadhlina Sidek memberitahu Dewan Rakyat, sebarang pembinaan sekolah akan diperhalusi berdasarkan input yang diterima melalui permohonan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Menurut beliau, analisis keperluan secara terperinci berdasarkan Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia daripada PLANMalaysia, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) tahun 2022 adalah langkah seterusnya, sebelum sebarang pembinaan boleh diluluskan.

“Selain daripada kesediaan tapak atau tanah, perkara lain turut diambil kira adalah bilangan dan kapasiti sekolah sedia ada yang berhampiran, kepadatan penduduk di kawasan sekitar, liputan kawasan tadahan penduduk (catchment area) serta perancangan pembangunan kawasan tersebut berdasarkan perbincangan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Fadhlina Sidek
Fadhlina Sidek

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan lisan Rodziah Ismail (PH - Ampang) berhubung usaha mengemas kini dan menambah baik garis panduan membina sekolah baharu berdasarkan kriteria keperluan seperti saiz penduduk, jarak sekolah terdekat dengan kawasan kediaman, sistem pengangkutan dan keupayaan kewangan.

Rodziah menerusi soalan sama turun meminta penjelasan mengenai status Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Bukit Antarabangsa yang masih tertangguh meskipun telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Menjelaskan kedudukan sebenar, Fadhlina memberitahu Sidang Dewan, KPM tidak memiliki sebarang perancangan untuk membina sekolah menengah baharu di kawasan Bukit Antarabangsa dalam RMK-10. 

“KPM mendapati bahawa SMK yang berdekatan masih mampu untuk menampung keperluan penduduk di kawasan tersebut. 

“Bagaimanapun, KPM akan terus meneliti keperluan pembinaan sekolah menengah bagi menampung keperluan setempat dari semasa ke semasa,” katanya. 

Sidang Dewan diberitahu, KPM sedang melaksanakan projek pembinaan baharu SK Ukay Sungai Sering di kawasan Bukit Antarabangsa, melibatkan 30 bilik darjah dan kemudahan lain yang berkaitan. 

“Projek ini telah diluluskan dalam RMK-10, namun tidak dapat dilaksanakan dan disambung semula dalam tempoh RMK-11 dan RMK-12 disebabkan oleh pertukaran tapak. 

“Tapak asal projek ini berada di kawasan cerun berskala tiga yang memerlukan tambahan kos penahan cerun dan tidak sesuai untuk pembinaan sekolah,” jelasnya.

Fadhlina memberitahu, KPM pada 2018 telah mengenal pasti cadangan tapak baharu bagi pembinaan sekolah tersebut.

“Tapak baharu yang merupakan tanah serahan pemaju ini telah diluluskan permohonan pemberimilikan tapak kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dan kini dalam proses untuk mendapatkan geran.

“Buat masa ini, status pembinaan projek ini masih berada di fasa pra pembinaan dan dalam peringkat akhir untuk melantik pihak perunding bagi menyediakan pelan rekabentuk bangunan dan menyelesaikan permohonan Kebenaran Merancang (KM) dan Pelan Bangunan (PB) dengan Pihak Berkuasa Tempatan. Proses pelantikan perunding ini dijangka selesai pada Mac ini,” katanya. - Getaran, 6 Mac 2023


 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 5 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah