web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Scammer Dan Keselamatan Awam, KKD Akan Panggil Telegram

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 7:37AM

Walaupun Telegram merupakan medium komunikasi yang digunakan ramai bagi menyebarkan maklumat kepada orang ramai namun kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu berkaitan keselamatan awam - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memanggil penyedia perkhidmatan Telegram dalam masa terdekat bagi membincangkan pelbagai isu membabitkan aplikasi itu terutama berkaitan keselamatan pengguna. 

Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata walaupun Telegram merupakan medium komunikasi yang digunakan ramai, termasuk Majlis Keselamatan Negara, bagi menyebarkan maklumat kepada orang ramai namun kerajaan tidak akan berkompromi dengan isu berkaitan keselamatan awam. 

“Telegram ini memang kita lihat agak bermasalah, macam-macam maklumat ada dimasukkan di situ dan aktiviti penipu juga banyak tetapi pada masa yang sama, kita tahu ia adalah satu saluran untuk sampaikan maklumat kepada khalayak awam contohnya oleh MKN,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Townhall Rakyat bersama Fahmi Fadzil anjuran Sinar Harian di sini malam tadi. 

Beliau berkata justeru, perkara itu perlu diteliti dan pihaknya akan memanggil pihak Telegram bagi berbincang untuk membantu usaha pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya di bawah undang-undang sedia ada. 

“Ia bukan hanya terhadap peniou tetapi juga sekiranya ada sebarang bahan lucah dan ekstremisme di Telegram contohnya, perkara ini perlu dibendung dan akan dibendung pada kadar segera,” katanya. 

Fahmi berkata beliau melihat perkara itu sebagai sesuatu yang serius serta perlu ditangani segera dan berharap Telegram dapat memberi kerjasama kepada KKD seperti penyedia perkhidmatan lain sebelum ini. 

“Saya percaya para pegawai kementerian telah menghubungi mereka dan saya sedang menunggu maklum balas tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata isu penipuan adalah sesuatu yang merisaukan apatah lagi kes kecurian identiti membabitkan platform itu yang turut melibatkan mangsa termasuk beberapa bekas menteri dan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

“Kalau mantan Perdana Menteri pun pernah jadi mangsa kepada penipu melalui Telegram apatah lagi rakyat biasa, jadi saya lihat isu ini sebagai sesuatu yang serius dan perlu ditangani segera dan saya akan usahakan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 7 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengamal Media Guna Pelan Pascabayar, Prabayar Terima Rebat Sempena Bulan Kebangsaan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 7 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi