web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pindaan Akta, Sinar Baharu Untuk Mangsa Jenayah Kanak-Kanak - Azalina

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 2:36PM

Pindaan ke atas Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792)disifatkan reformasi sistem keadilan jenayah untuk semua kanak-kanak di Malaysia. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pindaan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) diyakini bakal membawa perubahan positif kepada sistem keadilan jenayah terhadap kanak-kanak di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pindaan yang turut mencakupi Akta Keterangan Saksi Kanak- Kanak 2007 (Akta 676) dan Akta Keterangan 1950 (Akta 56) itu diluluskan Kabinet pada 24 Februari lalu.

Menyifatkan ia sebagai reformasi sistem keadilan jenayah untuk semua kanak-kanak di Malaysia, beliau berkata, perubahan positif tersebut adalah bukti komitmen tidak berbelah bahagi kerajaan perpaduan.

Azalina Othman Said - Gambar dari Jabatan Penerangan
Azalina Othman Said - Gambar dari Jabatan Penerangan

“Pelaksanaan dasar yang dicadangkan juga menunjukkan komitmen kerajaan untuk sentiasa terbuka ke arah pembaharuan dan penambahbaikan sistem perundangan serta keadilan di negara ini.

“Jenayah seksual terhadap kanak-kanak merupakan suatu masalah atau isu masyarakat yang perlu ditangani secara holistik dan serius kerana kegagalan menanganinya akan menghancurkan masa hadapan negara,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sesi penggulungan Belanjawan 2023 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Menurut Azalina, penguatkuasaan undang-undang Malaysia bagi melindungi ancaman seksual kepada kanak-kanak masih berada di tahap rendah, sekali gus meletakkan negara ini jauh ke belakang berbanding negara ASEAN yang lain. 

“Menurut indeks antarabangsa Out of The Shadows, Malaysia berada di kedudukan yang ke-23 daripada 60 negara dalam tindakan balas kepada ancaman eksploitasi dan penderaan seksual kanak-kanak (CSEA) dengan jumlah markah 56.9,” katanya.

Kedudukan tersebut jelas beliau, meletakkan Malaysia di belakang negara serantau seperti Indonesia (68.1), Thailand (58.7), Filipina (58.4) dan Vietnam (58.4). 

“Langkah proaktif haruslah diambil untuk meningkatkan kedudukan Malaysia berdasarkan piawaian antarabangsa.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, menurut statistik yang dibekalkan oleh pihak PDRM, seramai 5,350 mangsa Jenayah Seksual Kanak-Kanak telah dilaporkan dari April 2017 sehingga 2022,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Azalina memberitahu, pindaan kesemua akta berkenaan akan dilaksanakan menerusi dua fasa.

Fasa pertama jelasnya, masing-masing melibatkan tiga cadangan pindaan ke atas Akta 792 dan Akta 676.

“Fasa kedua akan dilaksanakan pada sidang Parlimen yang akan datang selepas sesi libat urus selanjutnya dengan pihak yang berkepentingan.

“Antara cadangan pindaan yang akan dibuat adalah memperkenalkan langkah tambahan mesra kanak-kanak untuk melindungi mangsa kanak-kanak, mewujudkan (jenis) kesalahan baharu dan memperuntukkan pampasan kepada mangsa kanak-kanak,” katanya.

Beliau menarik perhatian, kesemua reformasi dicadangkan itu diharapkan dapat membantu mangsa atau saksi kanak-kanak daripada mengalami trauma berterusan akibat terpaksa melalui proses perbicaraan berpanjangan, berulang-ulang dan sistem kehakiman yang bersifat tidak mesra kanak-kanak.

“Apabila teknologi berkembang dan kaedah penderaan moden terbentuk sama ada dalam talian dan luar talian, undang-undang sedia ada perlu dipinda untuk menangani, mencegah dan menghukum pendera yang menggunakan kaedah moden tersebut. 

“Selain daripada itu, kerajaan juga perlu memastikan akses bagi setiap mangsa kanak-kanak kepada sistem keadilan adalah selamat, mudah diakses dan kepentingan terbaik kanak-kanak (best interest of the child) diutamakan,” katanya. - Getaran, 8 Mac 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 7 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini